Laman:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/18

Laman ini telah dibaca pruf

ulasan² itu dapat di-gunakan untok memberi faham bahawa langkah² yang berkenaan itu ada-lah satu tindasan ka-atas ra‘ayat.

(d) Perhubongan persa-orangan

33. Perhubongan² bersendirian ada-lah di-gunakan dengan luas-nya untok memajukan pengaroh Komunis. Orang² China dari saberang laut yang balek ka-Negeri China ada mengambil bahagian dalam hal ini. Melalui mereka, senarai alamat² ada-lah di-perbuat untok mengirim penerbitan² yagn mengandongi ajaran² dan di‘ayah Komunis. Banyak penerbitan² ini telah di-hantar dengan ta’ payah di-minta lagi, kapada alamat² dalam Persekutuan.

34. Walau pun pada dzahir-nya dasar Parti Komunis China masa ini tidak menggalakkan penuntut² di-saberang laut balek ka-Tanah Besar China, petekan yang berikut ia-itu dari sa-buah buku keluaran bulan April, 1956, bernama “Peringatan Bagi Orang² China yang Hendak Balek” yang telah di-dapati baru² ini di-edarkan dalam Persekutuan, ada-lah menunjokkan seruan² yang di-perbuat kapada penuntut² China “saberang laut” dan juga peranan mereka dalam memajukan Pemberontakan Dunia itu. Buku itu memberi empat sebab mengapa Parti Komunis dalam Negeri China memandang tinggi penuntut China “saberang laut”:

“Pertama, penuntut² China saberang laut yang muda dan tegap yang balek ka-tanah ayer mereka akan dapat menolong menambahkan kechekapan pengeluaran hasil negeri dana akan masok menjadi tentera bersenjata tanah ayer. Ini tida shak lagi akan menambah kekuatan tanah ayer.

Kedua, penuntut China saberang laut yang chukup menerima latehan dalam Negeri China akan dapat menggunakan pengaroh mereka dan akan dapat berkhidmat sa-bagai satu perhubongan antara tanah ayer mereka dengan kaum keluarga dan sahabat² handai mereka di-saberang laut.

Ketiga, semasa penuntut² China saberang laut ini tinggal di-Negeri China, saudara mara mereka akan menjadi pembantu² China Baharu dan mereka akan juga mengirim wang ka-Negeri China

Keempat, penuntut² China saberang laut yang balek ka-tanah ayer ada-lah chukup mengetahui bahasa², adat istiadat, keadaan musharakat dan siasah dalam kawasan² dari mana mereka datang. Maka tentu-lah mereka boleh menjalankan peranan² yang penting dalam Pemberontakan Dunia kelak.”


16