Laman:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/19

Laman ini telah dibaca pruf

35. Petekan² di-bawah ini ia-lah di-ambil dari surat² yang di-alamatkan kapada orang China dalam Persekutuan, yang menunjokkan chara² peranan yang di-jalankan oleh orang China yang telah balek dalam memajukan faham Komunis:

"Har ia-lah sa-orang yang tidak mahu tundok kapada hal keadaan yang terjadi dan telah lepas lari dari musharakat yang berlawanan keadaan-nya itu. Ia telah masok dalam pelokan tanah ayer kita. Masa ini Har ada-lah sa-bagai suatu tunas yang hidup di-atas tanah yang subor dan ia sekarang ada-lah sa-orang pemudi berfaham sosialis. Saya ada mempunyai sifat² sa-bagai dia, dan sudah tentu saya ingin melihat Teck saya yang molek itu lebeh kuat dari Har! Sambut-lah seruan dari tanah ayer kita dan jadi-laḥ sa-orang muda ‘3 kesempurnaan dan 5 chintaan’ dan sa-orang yang baik kapada Pengerusi Mao. Jadi-lah sa-orang yang perkhid-matan-nya di-kehendaki oleh tanah ayer.”

(Peringatan: Har ia-lah penulis surat ini)

“Sahabat-ku yang sangat di-kasehi,

Elok sangat-lah yang awak itu maseh lagi tekun dalam pekerjaan pemberontakan itu. Ini ada-lah menunjokkan yang awak chukup tahu dalam hal pemberontakan, ada mempunyai keazaman mahu berjuang dan ada perasaan keadilan. Orang sa-macham awak ini ada-lah suatu keuntongan kapada pemberontakan dan awak-lah sa-orang penjuang yang tulin. Awak sekarang dalam tahun yang ke-berapa dalam bahagian Junior Middle itu. Ada-kah kesusahan apa2 dalam pengajian awak itu? Awak ada-lah sa-orang yang boleh di-katakan chukup mahir dalam kesusasteraan, terutama awak memang telah pun suka membacha buku² dari Lu Hsun. …”

(Peringatan: Surat ini ia-lah dari Middle School yang kedelapan di-Canton).

Surat ini telah di-dapati dalam simpanan orang2 yang telah di-tangkap dalam Persekutuan dalam bulan October, 1958.

Di-bawah ini ia-lah suatu petekan dan sa-puchok surat yang di-jumpai dalam sa-buah buku:

"Rakan XX,

saya mengirim sa-buah buku untok bachaan awak … Buku ini hendaklah di-simpan baik² dan fahamkan isi-nya. Patut-lah awak senantiasa memperbaiki diri awak ia-itu dengan perbuatan² awak, supaya bersedia untok menjadi sa-orang waris faham Komunis, sunggoh pun dalam hal ini tidak dapat-lah awak mengelakkan diri dari kesulitan² sa-masa dalam perjuangan fahaman itu. Awak harus juga menderita tindasan dari anjing2 pembangkang. Tetapi hendak-lah awak tetap dan tegoh masa menghadapi segala kesulitan² itu. ‘Kepala harus gugor dan darah harus tumpah akan

17