Laman:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/22

Laman ini telah dibaca pruf

hutan dengan mendapat pengakuan di-atas tuntutan²-nya yang mengatakan bahawa “perjuangan bersenjata-nya” ia-lah satu perkara yang telah menolong mendapatkan kemerdekaan. Dan lagi boleh-lah ia mendapat kebebasan yang mustahak bagi-nya untok memajukan pengaroh-nya dengan segera dalam masa keadaan² siasah negeri ini sedang dalam perubahan. Ada pun tujuan Parti itu pada masa ini ia-lah hendak menerangkan kapada orang ramai bahawa perjuangan-nya ia-lah menentang Penjajah British bukan-nya wakil² yang di-pileh oleh ra‘ayat Tanah Melayu; dan bahawa Parti itu hendak mengambil bahagian dalam penghidupan siasah negeri ini mengikut dasar² demokrasi berparlimen dan bahawa Parti itu telah bersetuju dengan ajaran baharu Komunis sa-dunia ia-itu hendak hidup bersama² dengan aman dan damai. Dalam beberapa bulan sa-belum di-adakan Perjumpaan² di-Baling itu, Yeong Kuo, Naib Setua Usaha Agong Parti Komunis Malay telah menulis beberapa kali mengemukakan perhatian-nya ka-atas tipu muslihat yang tepat yang patut di-pakai oleh Parti itu dalam keadaan² suasana siasah yang telah bertukar di-Persekutuan dalam tahun 1955. Sa-tengah daripada surat² ini telah di-jumpai apabila ia terbunoh dalam tahun yang berikut-nya. Satu daripada-nya terang² menunjokkan bahwaa niat Parti Komunis Malaya ia-lah hendak menipu Parti Perikatan supaya bersetuju membuat satu perjanjian sementera. Ia telah menulis:

“Maka tidak shak lagi bahawa tipu muslihat kita hari ini ia-lah hendak bersatu dengan Tunku dalam satu usaha bersama menghapuskan pemerentahan Penjajah British. Sa-telah terchipta keamanan maka boleh-lah pula ktia dengan segera mendapatkan sokongan yang lebeh banyak dari orang ramai dan boleh-lah kita maju sa-tapak lagi ka-hadapan ia-itu dengna meruntohkan diktator Tunku yang berfaham peringkat tengah itu serta menukarkan-nya dengan satu pemerentahan diktator bersama yang terdiri daripada segala bangsa dan perengkat.”

dalam tulisan-nya ini Yeong Kuo ada-lah mengikut chara perjuangan Lenin yang di-sebut pada perenggan 10 dalam kertas ini.

42. Maka ini-lah chara perangkap yang di-pasang mereka dalam ranchangan² “keamanan” tahun 1955 itu. Di-Baling tahu-lah Chin Peng tembelang-nya pechah. Ia tiada mahu bertolak ansor kerana hanya dengan Kerajaan menerima sharat² yang di-persetujui

20