di-sisi undang² walau pun apabila Parti itu sudah mempunyai taraf halal. Berhubong dengan perkara ini boleh-lah kita sebutkan lagi apa yang telah di-katakan oleh Yeong Kuo:
“Kami tiada perchaya halal atau tidak-nya sa-suatu perkara itu dan kami sudah tentu tiada berpuas hati dengan satu perjuangan yang terang dan sah di-sisi undang². Tujuan kami ia-lah hendak melindongi dan menyokong suatu perjuangan yang haram dengan chara melakukan gerakan² yang terang dan halal.”
“Gerakan² yang terang dan halal di-sisi undang² ada-lah di-gunakan bagi menimbulkan keadaan² sementara untok bersiap sedia kerana hendak meruntohkan musoh² dengan chara² pemberontakan yang haram di-sisi undang².”
Mengi‘ktiraf Parti itu akan menolong-nya dalam gerakan meruntohkan Kerajaan tetapi tiada-lah pula ia-nya mustahak bagi gerakan itu.
TIPU MUSLIHAT PARTI KOMUNIS MALAYA YANG DI-JALANKAN-NYA SEKARANG