Laman:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/25

Laman ini telah dibaca pruf

peranan yang utama, ada-lah di-terangkan dengan panjang lebar oleh Yeong Kuo. Demikian kata-nya:

“Jika kita tiada menggunakan langkah² yang terang dan halal di-sisi undang² maka terpaksa-lah kita menyekat pergerakan kita dalam gerakan² sulit yang sempit perjalanan-nya itu. Hal ini akan menyebabkan kita renggang dengan orang ramai dan akan mencheborkan kita ka-dalam satu keadaan yang terasing dan merbahaya.”

dan

“Ada pun tujuan menggunakan langkah² yang terang dan halal di-sisi undang² itu ia-lah hendak mengekalkan kėdudokan musharakat dan taraf pekerjaan saudara² kita. Bila² ada parti² atau pertubohan yang boleh di-gunakan, tiada di-kira sama ada parti atau pertubohan itu tiada menyebelahi mana² pehak atau mundor atau bertentangan atau pun pertubohan itu pertubohan siasah atau tidak maka hendak-lah di-chari jalan meresap ka-dalam-nya. Gunakan-lah ranchangan² parti² dan pertubohan² ini serta da‘awaan²-nya, dasar²-nya, peratoran² dan sebagai-nya yang sesuai dengan perkara membaiki keadaan hidup orang ramai untok memandu mereka melancharkan perjuangan2 yang terang. Jika tidak ada parti² atau pertubohan2 yang hendak di-gunakan maka hendaklah di-jalankan ikhtiar membentok pertubohan² yang halal di-sisi undang2 yang sesuai dengan perengkat kesedaran orang ramai dan yang boleh di-terima mereka, supaya dapat meneruskan perhubongan dengan orang ramai dan berkhidmat untok faedah mereka sendiri. Jika tidak ada parti atau pertubohan yang hendak di-gunakan dan tidak pula ada keadaan2 yang sesuai bagi membentok pertubohan² baharu maka boleh-lah juga di-gunakan tempat2 yang di-pakai oleh orang ramai untok perhimpunan² musharakat (sa-perti kilang2, dan sekolah2, dalam kawasan² bandar dan kampong² nelayan, ladang2 dan pekan² kechil dalam kawasan² kampong) untok mengadakan perhubongan yang terang dengan orang ramai dan berkhidmat bagi faedah mereka sendiri. Walau di-mana pun kita berada, kita hendak-lah sentiasa menchari sahabat yang banyak dengan berpura² menjadi ahli² yang bekerja keras untok kepentingan orang ramai. Dengan jalan ini kita akan beransor² mengokoh dan meninggikan kedudokan kita dengan berterangan dan sa-langkah demi sa fangkah perhubongan kita dengan ra‘ayat dan perkhidmatan kita kapada orang ramai akan bertambah luas.”

Keterangan dasar Yeong Kuo itu dengan jelas-nya menunjokkan ka-mana arah-nya gerakan sulit dan ikhtiar meruntohkan Kerajaan itu sekarang sedang di-jalankan di-luar hutan. Merbahaya-nya gerakan ia-lah kerana kepintaran dan halus perjalanan-nya serta luas perkembangan-nya.

23