Laman:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/27

Masalah timbul ketika membaca pruf laman ini

kapada orang ramai supaya tiada mengundi sa-siapi pun ia-itu dengan memasokkan kertas undi kosong sahaja atau dengan tidak menggunakan hak mengundi mereka terus ia-itu apabila hanya ada chalun² Perikatan sahaja dalam kawasan pemilehan mereka dan tidak ada chalun² dari lain2 parti siasah yang bertanding dalam pilehan raya itu.

(c) Kita merayu kapada orang ramai supaya memulaukan semua perhimpunan pilehan raya terbuka yang di-anjorkan oleh chalun² Perikatan atau menghasut kanak² dan penuntut² supaya mengachau dan mengganggu serta mengejek² chalun² itu di-tempat itu. Apa² chara kekachauan pun jadi-lah. Kita boleh juga menasehatkan orang ramai dengan sulit supaya menggunakan kereta² yang di-sediakan oleh Perikatan untok pergi ka-tempat membuang undi dan mengundi chalun² parti siasah yang lain. Dalam masa menjalankan gerakan menchari undi pilehan raya, kita hendaklah mendi'ayahkan bahawa Perikatan telah berbuat bohong kapada ra'ayat dengan membuat bermacham² janji dan kekachauan yang telah di-buat-nya semenjak ia berkuasa. Hal keadaan Dzarurat yang berlanjutan ini ada-lah satu perkara yang sangat mustahak. Orang ramai hendak-lah di-beritahu bahawa hak² demokrasi mereka telah habis di-rampas oleh Perikatan dan bahawa perjumpaan² untok mengadakan keamanan telah di-tinggalkan bagitu sahaja.”

Daripada penyiasatan yang di-jalankan ...² ini telah di-dapati bahawa tugas kewajipan ini ... di-jalankan di-beberapa tempat di-Persekutuan. ...ng kaki-tangan kerja Parti Komunis Malaya di-luar hutan yang memegang pangkat Ahli Jawatan-Kuasa Chawangan telah berusaha mengarahkan gerak ... sa-orang yang telah masok Parti Buroh Tanah ... dengan mendapat kebenaran penoh dari Parti Komunis Malaya. Orang ini telah di-perentahkan ... menjalankan kerja-nya dengan bersembunyi ... menggunakan kedudokan-nya untok mengator

orang ramai bagi pehak Parti Komunis dengan tujuan .. mum‘tamad hendak menimbulkan keadaan yang ...lehkan Party Komunis Malaya keluar meninggalkan hutan lalu merampas Kerajaan Tanah Melayu. ...orang lagi telah di-arahkan supaya menyokong ...ngan Perikatan Pemuda Pemudi Sosialis hendak ... Barisan Sosialis Ra'ayat Malaya bersama² ... Parti Ra'ayat dan Parti Buroh Tanah Melayu ... telah di-perentahkan menolong 'anasir yang ...ajuan" dalam Parti Ra'ayat dan Parti Buroh

25