Laman:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/3

Laman ini telah disahkan

ANCHAMAN KOMUNIS

KAPADA

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

_____

PENDAHULUAN

Sunggoh pun beberapa buah kawasan yang luas² dalam Persekutuan Tanah Melayu ini telah bebas daripada bahaya Keganasan Komunis dan sudah tentu-lah pula saki baki Kumpulan² Komunis itu akan musnah dalam sadikit masa lagi, tetapi malang-nya hai' ini tidak mematahkan sama sa-kali ranchangan Komunis hendak merebut kuasa dan mendirikan sa-buah Negara Komunis di-negeri ini. Sa-bagai sa-bahagian daripada ranchangan Komunis yang bersenghaja itu, keganasan ada-lah berganti dengan gerakan² pengkhianatan yang jauh lebeh lichin lagi dengan tipu daya menjadi sifat sa-mula jadi-nya. Maka oleh kerana ini ada-lah gerakan² Komunis itu biasa-nya tidak ketara kapada orang ramai, dan maksud-nya yang 'sa-benar tidak mudah hendak di-fahami.

2. Ada-lah menjadi tanggong-jawab Kerajaan menentukan supaya gerakan² ini di-ambil tahu dan di-berhentikan, dan ada-lah perlu bagi Kerajaan menerangkan kapada orang ramai akan chara² rupa-nya Komunis menjalankan ranchangan² dan perbuatan² khianat-nya. Ada-lah perlu juga di-terangkan bahawa ranchangan2 ini tidak-lah terhad kapada Parti Komunis Malaya sahaja. Bagi melaksanakan rancahangan Komunis antara bangsa untok meluaskan faham Komunis ka-seluroh dunia, pertubohan² Komunis luar negeri ada-lah juga mengambil bahagian mempengarohi pendudok² Tanah Melayu, baik di-tanah ayer mahu pun di-seberang laut. Oleh yang demikian, kertas ini telah di-susun untok menghuraikan dengan tepat akan sifat pengkhianatan yang menjadi akar tunjang faham Komunis dan untok menunjokkan bagaimana chara-nya Komunis1 itu, baik dengan menerusi perantaraan Parti Komnis Malaya mahu pun lain2 badan, bekerja 'untok menchapai tujuan-nya.

3. Isi kandingan kertas ini terbahagi kapada tiga bahagian. Bahagian-nya yang pertama mencheritakan tujuan faham Komunis di-dalam lapangan antara