Laman:Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980 Selangor.pdf/1

Laman ini telah dibaca pruf

SELANGOR

ENAKMEN No. 8 Tahun 1980

BETA PERKENANKAN,
( MOHOR KERAJAAN )
T. ABDUL AZIZ SHAH

Sultan Selangor

31 hb Mac 1981

Suatu Enakmen untuk membuat peruntukan mengenai saraan bagi Anggota-anggota Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Negeri dan mengenai perkara-perkara lain yang bersampingan atau berkaitan dengannya.

( 1 hb Julai 1980 )

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Badan Perundangan Negeri Selangor seperti berikut :-

Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa 1. Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri ( Saraan ) 1980 dan hendaklah disifatkan sebagai telah mula berkuat kuasa pada 1 haribulan Julai 1980.

Tafsiran 2. Dalam Enakmen ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain:

“ Ahli atau Anggota “ ertinya Anggota Pentadbiran, Ahli Dewan Negeri dan Speaker Dewan Negeri;

“ Anggota Pentadbiran “ mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan tetapi tidak termasuk Setiausaha Politik.

Saraan bagi Ahli Dewan Negeri
Pin.1/2011
Pin 1/2012
Pin 1/2014
3. Saraan bagi Ahli Dewan Negeri hendaklah berupa elaun bulanan sebanyak RM11,250.00 (Ringgit: Sebelas ribu dua ratus lima puluh sahaja)

Saraan bagi Yang diPertua Dewan Negeri
Pin 2/2004
Pin 1/2014
Pin 1/2015
4. Saraan bagi Speaker Dewan Negeri hendaklah berupa gaji bulanan sebanyak RM15,000.00 (Ringgit: Lima belas ribu sahaja) selain dari elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai Ahli Dewan Negeri seperti yang dinyatakan dalam seksyen 3; dan

Saraan bagi Timbalan Speaker Pin 2/2004
Pin 1/2014
Pin 1/2015

4A. Saraan bagi Timbalan Speaker Dewan Negeri hendaklah berupa gaji sebanyak RM10,000.00 (Ringgit: Sepuluh ribu sahaja) selain dari elaun bulanan yang kena bayar kepadanya sebagai Ahli Dewan Negeri seperti dinyatakan dalam seksyen 3.

1 | Kemas kini sehingga 12 Ogos 2023