ia berkata geram sekali hatiku tiada engkau tahu akan hatiku berahinya ku sangka kan engkau kawal rasa hati sama perempuan ini maka disentakkannya tiong itu dalam sangka rannya lalu dihempaskan ke bumi maka tiong itu pun matilah maka isteri khoja maymun pergi pula kepada bayan adapun akan bayan segala hal ehwal tiong itu semuanya dilihatnya pura-pura ia tidur maka isteri khoja maymun pun datang mendapat bayan maka itu pun terkejut seraya katanya apa kerja tuan datang ke mari tengah malam ini maka oleh isteri khoja maymun segala peri khalnya ia berahi itu dan peri ia membunuhkan tiong itu pun dikatakannya kepada bayan itu maka fikir bayan tiadalah lulus pada pekerjaan ini mengajar perempuan ini melainkan dengan nasihat yang memberi lalai juga sebaiknya baik aku lalaikan dengan berbagai-bagai hika yat kalau-kalau ada datang supaya lepas daripada pekerjaan ini jika dibenarkan kehendaknya itu durjana aku kepada tuan aku khoja maymun jika aku larang nescaya aku pun mati dibunuhnya seperti tiong itu juga jika demikian baik aku perlalaikan dengan beberapa hikayat kalau-kalau ada mudah-mudahan jadi lalai ia supaya lepas daripada kehendaknya itu maka kata bayan terlalu sekali bebalnya tuan ini mengatakan rahsia tuan pada tiong itu kerana ia perempuan tiada sini akal tiadakah tuan men[d]engar kata segala ulama 'hadamma al-wala'u ala insha'i' ertinya dilarangkan rahsia atas perempuan yang berkehendak semuka-muka tuan bunuh akan dia jika tiada dibunuh segeranya sudah terlalu kerja
Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/6
Laman ini belum dibaca pruf