Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/8

Laman ini belum dibaca pruf

kita ini baik-baik serta tuan bila memeliharakan hamba maka saudagar itu pun berlayarlah berapa lamanya panggil saudagar itu berlayar maka isteri saudagar pun berbuat kerja hiyanatlah dengan seorang laki-laki maka telah berapa lamanya maka saudagar itu pun datanglah dari berlayar maka seorang pun tiada siapa berkhabarkan perbuatan isterinya itu tetapi saudagar itu tahu ia akan ilmu firasat maka ditahunya akan perbuatan isterinya itu maka sehari-harilah ia berkelahi dengan isterinya itu maka fikir isterinya tiadalah siapa lain yang mengatakan rahsiaku ini bayan inilah kerana ia yang tahu akan khal peker jaanku ini maka ia pun marahlah akan bayan itu maka jadi berdema-demalah hatinya pada bayan itu maka pada suatu hari suaminya tiada ia di rumah maka diambilnya bayan itu dica butnya bulu bayan itu hingga habislah maka tatkala itu suaminya pun datang maka ia pun bangkit pura-pura ia pergi melihat suaminya maka bayan pun lepas daripada tangan perempuan itu maka ia lari bersembu nyi pada saluran orang membuang air bersuduka telah ia berdiam maka tatkala kembali perempuan itu daripada melihat suaminya itu maka dilihatnya bayan itu sudah tiada pada fikirnya matilah bayan ini dimakan kucing maka ia pura-pura terkejut katanya wah sayangnya bayan dimakan kucing maka saudagar pun terkejut men[d]engar kata isterinya itu segera ia naik ke rumahnya maka dilihatnya bulu bayan itu bertimbun-timbun di hadapannya tercabut maka kata saudagar bahawa akan bayan