Laman:Kesah pelajaran Abdoellah.pdf/10

Laman ini telah dibaca pruf
6

chabar. Maka kata sahaja: „Baiklah, kita boewat soerat perdjandjian".

Maka kata baba Po Eng: „Tijadakah pertjaja kapada sahaja?”

Maka djawab sahaja: „Apakah pekerdjaän sahaja ini?”

Maka djawab baba Boen Tijoeng: „Entji mendjadi djoeroe bahasa Granpri ¹) Inggris itoe; djangan ija bertoetoer Malajoe, boleh entji mengertiken dengan bahasa Malajoe seperti adat radja-radja. Dan lagi barang soewatoe pekerdjaän berfakat tiga-tiga orang. Dan lagi kalau ada orang Tjina sampan poekat maoe beri emas atau oewang toenai, boleh ambil masok dalam perahoe".

Kelakijan setelah sahaja menerima perentah itoe, maka sahajapon kombalilah berkemas-kemas peti dan tikar bantal sahaja, sekalijannja dimasokken dalam perahoe.

Maka adalah poekoel doewa belas malam, ija itoe kapada tarich sanat 1253 tahoen, kapada sehari boelan moeharam kapada malam arba', ija itoe kapada 27 hari boelan Mart tahoen mesehi sanat 1838. Maka behoewa dewasa itoelah sahaja kaloewar dari Singapoera dalam sekotji toewan Sekot, jang bernama Magiloedar bersama-sama dengan sekotji toewan Boestid, jang bernama Waterwitji, maka berlajarlah kaloewar dari Singapoera. Setelah sampai ka Tanah Merah, maka toeroenlah riboet timoer, maka berlaboehlah di sitoe.

Hata maka pada pagi-pagi hari arba', poekoel anam laloe berlajarlah dengan angin oetara barat laoet. Maka sam-

1) Grandpré.