Laman:Kesah pelajaran Abdoellah.pdf/11

Laman ini telah dibaca pruf

7

pailah antara Tekoeng dengan Merboekit, maka bertemoelah dengan seboewah perahoe perahi ikan, maka dipanggil laloe datanglah ija. Maka dibelilah ikannja, ada rapang lima belas ekor dan hoedang sedikit dan anak-anak ikan sedikit, dibeli dengan harga satoe roepijah tiga doewit dan diberilah nasi sedikit dan beras, kira-kira segantang.

Kemoedijan ada kira-kira poekoel ampat petang sampailah ka Pangarang laloe singgahlah di sitoe, sebab hendak mengambil kajoe tjagak dan batang dajoeng dan membeli kadjang serta mengambil ajar. Maka toeroenlah sahaja sekalijan di sitoe, separo orang pergi memotong kajoe dan separo orang pergi mandi ka dalam hoetan.

Maka bertemoelah sahaja dengan baba Tjeng Keh, anak entji Eng dan soedara baba Tjeng Hai dalam hoetan de- ngan ampat lima orang Tjina, bersama-sama memotong kajoe kamoedi wangkang.

Setelah bertemoe laloe katanja: „Hai! Ija, ilah! entji Abdoellah dari tadi pagi sampai petang ini selaloe sahadja berboenji marijam di sebelah Penjoesoek. Kemoedijan berboenjilah poela senapang terlaloe banjak, entah di kapal perang atau perompak tijadalah sahaja tahoe adanja. Ingat- ingat, karena ini moesim Lanoen."

Maka djawab sahaja: „Adatlah itoe, baba! ada ajar adalah ikan, ada padang adalah bilalang, ada laoet adalah perompak."

Maka apabila dilihatnja sahaja tijada endahken perka- taännja itoe, maka dijamlah ija, tijada maoe berchabar lagi.

Sjahadan adalah di Pangarang itoe sahaja lihat sepoelosh doewa belas pondok-pondok orang laoet memboewat belat,