26
Maka sahaja fikir ini soenggoeh-soenggoeh chabar doesta. Maka sebab itoe tetaplah hati sahaja kadoewanja hendak berlajar djoega ka Kalantan; djikalau mati, soedahlah dengan hoekoem Allah, asal sampai soerat ini. Maka berpoeloeh-poeloeh kali sahaja panggil kapada baba Ko An hendak berlajar, maka tijada djoega ija maoe. Maka adalah tijada berkatahoewan lakoenja serta dengan ajar mata, maka katanja: „Boekankah doewa tiga kali soedah Toehan Allah memberi tanda menjoeroeh balik: pertama-tama tembirang doewa kali poetoes, kemoedijan dapat sampan tambang boeroek di poelau Babi, kemoedijan chabar Lanoen di koewala Pahang; maka ini lagi satoe tanda, melainken entji hendak djoega memboewang njawa. Sahaja saorang sahadja dengan tijada beradik kakak dan nenek, sahaja tinggal. Dan lagi sahaja bermimpipon tijada baik, lagi sahaja soedah boewang pitis , sahaja tanja datok- datok , kata tijada boleh pergi di Kalantan . Maka sahaja boewang lagi, datok tertawa , dija soeroeh balik djoega ka Selat. Maka djikalau tijada sahaja menoempang poelang , bijarlah sahaja tinggal di koewala Pahang".
Maka beberapa sahaja memberi nasihat kapadanja, tijada djoega ija maoe pergi. Maka habis-habis katanja: „ Boenoeh sama sahajapon, sahaja tijada maoe pergi. Sijapa berani, pergilah ".
Maka marahlah anak-anak perahoe serta katanja: „ Kalau berbalik, sijapa membajar oepah sahaja?" Maka djawab baba Ko An: „Ada satoe bitjara sahaja, tetapi semoewa orang satoe toetoer, pesti baba Boen Tijoeng bajar oepah itoe ”.