hadapan djambatan itoe ada satoe tembok terdinding maka ada satoe pintoenja, lebih sadepa lebarnja. Maka sahaja masok, maka ada roemah kedai-kedai ketjil-ketjil dari pada batoe kiri kanan, semoewanja Tjina belaka. Kemoedijan masoklah sahaja berdoewa Granpri ka roemah kapitan toewa. Maka sahaja lihat koeliling roemah itoe bertembok. Maka masoklah sahaja kadoewa, maka sahaja lihat roemahnja itoe roemah batoe, bangoennja seperti roemah tempat brahala Tjina lagi dengan berbilik-bilik banjak kiri kanan dan belakangnja pandjang penoch pohon kalapa. Maka kaloewarlah bini kapitan Tjina itoe, terlaloe toewanja, ada kira-kira toedjoeh delapan poeloeh tahoen oemoernja dan matanjapon tijada kalihatan lagi. Maka doedoeklah sahaja berchabar-chabar kapadanja dari hal negeri Singapoera. Maka adalah orang toewa itoe terlaloe baik boedi bahasanja lagi dengan manis perkataännja, maka sekali-kali tijada teloernja seperti Tjina melainken seperti orang Malajoe adanja. Maka sebentar doedoek, maka dikaloewarkennja ajar teh dan limau manis, disceroehnja makan. Maka kaloewarlah segala anak boewahnja perampoewan-perampoewan, maka sahaja lihat kalakoewan marika itoe dan pakaian marika itoe dan perkataän marika itoe dan tabiatnja semoewanja seperti Malajoe serta dengan baik boedi bahasanja, serta katanja: „Doedoeklah, toewan! sebentar, nanti sahaja soeroeh ambilken kalapa moeda."
Maka sahaja memberi tarima kasih serta berkata:,,Tijada mengapa, kapitan! karena sahaja mace berlajar lekas, tijada boleh menanti-nanti." Laloe sahaja memberi tabik dan hormat.
Maka katanja: „Toewan kenal-kenallah ada tjoetjoe sahaja