Laman:Kesah pelajaran Abdoellah.pdf/9

Laman ini telah dibaca pruf
5

Maka katanja: „Lekas-lekas, sekarang malam, itoe sekotji maoe berlajar".

Hata maka sahajapon pergilah memberi tahoe toewan-toewan itoe. Maka djawabnja: „Kalau toewan boleh dapat oentoeng, sahajapon soeka, sopaja boleh mendjadi ringan hoetang-hoetang toewan. Berapa lama kira boleh balik?"

Maka djawab sahaja: „Sahaja belom pernah berlajar. Kata orang, kalau ada angin baik, lima anam belas hari boleh balik".

Arkijan maka sahajapon pergilah mendapatken baba Po Eng, maka laloe dibawanja sahaja ka roemah baba Boen Tijoeng. Maka adalah di sana sekalijan saudagar berkampoeng. Maka katanja kapada sahaja: „Berapa maoe oepahnja?"

Maka djawab sahaja: „Kalau baba maoe kasih seratoes ringgit, bolehlah sahaja pergi”.

Maka djawab marika itoe: „Tijada boleh. Kalau entji sahadja bolehlah, ini ada saorang orang Poetih bersama-sama dan lagi baba Ko Anpon".

Maka moewafakatlah ija sama sendirinja, katanja: „Sahaja beri delapan poeloeh ringgit”.

Maka kata sahaja: „Tijada boleh!" Kemoedijan kata baba Boen Tijoeng dan baba Kim Soeï itoe: „Soedah patoet, entji!"

Maka djawab sahaja: „Sahaja maoe bawa saorang djoeroe masak serta makanan sahaja".

Maka katanja: „Satoepon ta oesah, semoewanja ada sedija: makanan dan orang masak”.

Maka sahaja fikirlah sekoetika laloe sahaja terimalah itoe