- 3 -
Timor jauh telah tiba diBrunei dengan kapal Perang H.M.S. "Alert" pada petang hari Khamis 15 August, 1957. Kapal perang itu telah berlaboh berdekatan dengan Pulau Chermin.
Pada pukul 10.00 pagi hari Jum'at 16 August Laksemana Sir Alan Scott-Moncrieff dengan diiringi oleh isteri-nya telah tiba diTambatan Kerajaan diBandar Brunei dan telah disambut oleh Tuan British Resident, Yang Berhormat Mr G.0. Gilbert, dan Tuan Chief Police Officer, Mr A.N. Outram.
Satelah memereksa Barisan Kawalan Kehormatan terdiri dari Pasokan Police Brunei dibawah pimpinan A.S.P. Pengeran Jaya, maka Laksemana Sir Alan Scott-Moncrieff dan isteri-nya bersama2 Yang Berhormat Tuan British Resident telah berangkat ka Istana Darul Hana menziarahi Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan.
Samentara itu, Commander Kapal Perang "Alert" Sir Peter_Anson dan 3 orang lagi pegawai2-nya, Lieutenant Dexter, Lieutenant Lorri-mer dan Surgeon-Lieutenant Ackery telah melawat kawasan2 Kampong Ayer, dengan ditemani oleh sa-orang anggota dari Pejabat Penerangan Kera ja'an Brunei.
Pegawai2 tersebut sangatlah gemar melihat berbagai2 pemanda-ngan yang indah2 diKampong Ayer dan juga mereka dapat melihat dari jauh Istana Darul Hana, bangunan Mesjid baharu diBandar Brunei, Tanah Perkuboran DiRaja diMakan, Klinik diKampong Ayer, Sekolah Melayu Laila Menchanai dan lain2-nya.
Berlebeh2 lagi mereka sangatlah suka chita melihat kanak2 yang berada diatas rumah2 diKampong Ayer dengan tersenyum sambil melambaikan tangan ketika Pegawai2 itu melalui dihadapan rumah2 diKampong Ayer itu dengan menaiki sabuah motor sangkut Keraja'an.
Satelah Laksemana Sir Alan Scott Moncrieff dan isterinya Men-ziarahi Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan diIstana, mereka telah melawat ka-kedai Pertunjokkan barang2 perak bersama2 dengan Yang Berhormat Tuan British Resident dimana mereka telah membeli barang2 perak tersebut berjumlah sabanyak lebeh daripada $300.00.
Pada malam itu Kapal Perang "Alert" telah mengadakan satu Majlis Jamuan Minuman diatas kapal itu dalam mana kira2 100 orang yang telah dijemput telah hadzir. Pada masa itu juga Brunei Sports Club telah mera'ikan ramai bilangan pegawai 2 dan kelasi2 kapal perang itu dengan mengadakan satu temasha yang khas dan jamuan dirumah persekutuan itu.
Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan dengan diiringi oleh beberapa orang telah berangkat ka-kapal perang itu pada tengah hari Sabtu 17 August dan sekeliannya dira'ikan dengan jamuan makan. Sasudah Duli Yang Maha Mulia berangkat balek, Kapal Perang "Alert" telah memberi kehormatan kapada Baginda dengan mengadakan timbakan meriam sabanyak 19 kali.
Kapal Perang "Alert" telah menguchapkan Selamat Tinggal kapada Negeri ini pada lewat petang hari Sabtu 17 August menuju ka-Negeri Sarawak pula.
PENGARAH RADIO SARAWAK DIBRUNEI
Pengarah Radio Sarawak Mr Peter Ratcliff telah tiba di Bandar Brunei dari Kuching dengan kapal terbang pada hari Rabu 21 August, 1957 dalam satu lawatan yang rengkas sabagai tetamu kapada British Resident Brunei, Yang Berhormat Mr G.O. Gilbert.