Laman:PELITA BRUNEI - 1 SEPTEMBER 1957E.pdf/5

Laman ini telah dibaca pruf

- 5 -

LAWATAN GOVERNOR BORNEO UTARA KA-BRUNEI

Governor Borneo Utara, Tuan Yang Terutama Sir Roland Turnbull K.C.M.G. telah tiba diBandar Brunei dari Jesselton dengan menaiki sa-buah kapal terbang khas pada hari Ithnin 19 August, 1957 dan telah balek ka-Jesselton dengan kapal terbang juga pada hari Rabu 21 August, 1957.

Tuan Yang Terutama itu telah tiba disini dalam satu lawatan sechara tidak rasmi. Semasa berada di Bandar Brunei, beliau telah tinggal di Istana Darul Hana sabagai tetamu kapada Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan, Sir Omar Ali Saifuddin.

Ketika Sir Rolland tiba di Lapangan Terbang Brunei diBerakas,beliau telah disambut oleh Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan; Tuan British Resident; Yang Teramat Mulia Seri Peduka Duli PengeranBendahara Yang Teramat Mulia Seri Peduka Duli Pengeran Pemancha; Yang Berhormat Tuan Setia Usaha Sulit kapada Yang Maha Mulia dan beberapa orang Ketua Pejabat2 Keraja'an.

Sasudah memereksa barisan kehormatan yang terdiri dari Ahli2. Pasokan Police Negeri Brunei diPadang Kapal Terbang itu, maka Tuan Yang Terutama Sir Rolland Turnbull pun berangkat ka-Istana Darul Hana bersama2 dengan Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan.

Pada malam 19 August, 1957 Tuan Yang Terutama itu telah menghadziri satu Majlis Jamuan Minuman yang khas, diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan di Istana Darul Hana.

Diantara orang2 yang menghadziri Majlis Jamuan itu, ialah Tuan Yang Berhormat British Resident Brunei, Mr G.O. Gilbert dan Mem Gilbert; Yang Teramat Mulia Seri Peduka Duli Pengeren Bendahara; Yang Teramat Mulia Seri Peduka Duli Pengeran Pemancha; Yang Berhormat Tuan Setia Usaha Sulit kapada Yang Maha Mulia, Pehin Dato Perdana Menteri; Ahli2 Majlis Mashuarat Negeri; beberapa orang. Ketua Pejabat2 Kerajaan dan lain-nya.

Dalam masa yang singkat Tuan Yang Terutama itu berada di-Bandar Brunei, beliau telah melawat ka-Sultan Omar Ali Saifuddin College; Rumah Sakit Keraja'an; Ibu Pejabat Police dan ka-bangunan baharu Mesjid Pekan Brunei.


PEMENANG2 HADIAH2 PELAJARAN PERCHUMA DARI KERAJAAN BRUNEI

Ibrahim bin Hussain dan Johari bin Othman, kedua2nya penun-tut di Government English School Seria telah diberi hadiah2 pelajaran perchuma oleh Keraja'an Brunei untok melanjutkan pelajaran mereka diUnited Kingdom.

Mereka akan berangkat ka-Singapura dengan kapal terbang pada 11 September, 1957 dan dari Singapura akan berangkat kaUnited Kingdom dengan kapal terbang pada 13 September.

Sementara itu Johar bin Noordin dan Awangku Ismail, dua orang penuntut Brunei yang belajar diUnited Kingdom atas perbelanja'an perchuma dari Keraja'an Brunei dan telah balik ka-Brunei baharu2 ini kerana menyampornakan kelapasan mereka akan juga berangkat ka-United Kingdom bersama2 dengan Ibrahim dan Johar.


Yang Berhormat