Laman:Pelita Brunei-15 Disember 1956.pdf/1

Laman ini belum dibaca pruf
Tahun 1. No. 21
DITERBITKAN OLEH PEJABAT PENERANGAN
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
15 DECEMBER, 1956.

RADIO BRUNEI:

PANCHARAN HARUS DIMULAI PADA PERTENGAHAN FEBRUARY 1957 - 4 ORANG DARI BRUNEI BERLATEH DIRADIO SARAWAK

RANCHANGAN mengenai pembinaan sabuah Radio Station pada julong2 kali di Negeri Brunei sedang berjalan dengan majunya, dalam mana Kerajaan telah memileh 4 orang, mengandongi 3 orang Pegawai2 Ke- rajaan untok berlateh diRadio Sarawak di Kuching sabelum mereka menjalankan perkhidmatan masing2 di Radio Brunei kelak. Chalon yang keempat ialah saorang pemudi yang bakal menjadi juru hebah wanitanya.

Chalon2 tersebut ialah Pengiran Ahmad bin Pengiran Benda- hara Haji Mohamed Yassin, saorang Ahli Perkhidmatan Pertadbiran Negeri Brunei; Inche' Abu Bakar bin Ahmad, Anggota di Pejabat. 'Adat Istiadat, Ugama, dan Kebajikan Negeri; Pengiran Mohamed bin Pengiran Damit, Anggota di Pejabat British Resident Brunei; dan Dayangku Intan binte Pengiran Apong, keluaran dari Sultan Omar Ali Saifuddin College, Bandar Brunei.

Kesemua chalon2 tersebut telah berangkat ka Kuching pada bulan ini. Pengiran Ahmad bin Pengiran Bendahara Haji Mohamed. Yassin dan Inche' Abu Bakar bin Ahmad telah berangkat dengan kapal terbang Sharikat Malayan Airways pada pagi hari Juma'at 21 December; manakala Pengiran Mohamed bin Pengiran Damit dan Dayangku Intan binte Pengiran Apong telah berangkat dengan ka- pal terbang juga pada pagi hari Thalatha 25 December, 1956.

Akan diingatkan bahawa Majlis Mashuarat Negeri Brunei, dalam Persidangannya tidak berapa lama dahulu, telah memperse- tujukan satu ranchangan untok membina sabuah Radio Station di- Brunei. Radio Station itu akan dibina diBandar Brunei, tetapi pemancharnya menggunakan 20 kilowatt akan didirikan diTutong supaya dapat pancharannya didengari dengan terang, sama-ada di- Bandar Brunei, atau diSeria, atau pun diKuala Belait.

Menurut kapada ranchangan tersebut, Radio Station diBan- dar Brunei akan disambong dengan pemancharnya diTutong dengan perhubongan VHF, sama saperti perhubongan Radio Telephone yang sedang digunakan di Brunei. Pehak yang berkuasa juga telah mem- buat ranchangan untok mengadakan sabuah Radio Station diKuala Belait supaya dapatlah juga dijalankan pancharannya dari sana.

Radio Sarawak telah bersetuju hendak memberi pertolongan kapada orang2 yang akan dihantarkan oleh Kerajaan Brunei ka sana untok berlateh, supaya dengan jalan itu dapatlah Negeri ini mem- punyai mutu siaran Radio yang baik.

                        - - - - - - - - - - -