Mashuarat itu telah bersetuju bahawa Pemuda2 yang akan di-pileh mewakili Negeri ini ka-Persidangan itu hendak-lah bijak dalam bahasa Inggeris. Mereka hendak-lah berumor lebeh daripada 17 tahun dan memp- unyai pengalaman yang luas mengenai hal ehwal Pergerakan Pemuda dalam Negeri ini.
Wakil2 tersebut telah mengemukakan bebarapa banyak nama chalon2 dan daripada bilangan itu hanya 4 orang sahaja akan di-pileh oleh Yang Berhormat Tuan British Resident.
Meninjau Ka-Tasek Merimbun:
{{garis bawah|
RANCHANGAN BAHARU PERSEKUTUAN PENGEMBARA 2 SOAS COLLEGE BERHASIL
Persekutuan Pengembara 2 Sultan Omar Ali Saifuddin College, Bandar Brunei telah menjalankan ranchangan-nya yang baharu pada awal bulan January tahun ini, iaitu mengembara ka-Tasek Merimbun, letak-nya di-kaw- asan Sungai Tutong dengan beroleh hasil yang baik sa telah menjalankan penyedia an2 samenjak bebarapa bulan yang lalu dengan mendapat kerjasa dari pehak Jabatan2 Pelajaran dan Sukat serta dengan bantuan oleh Ketua Merimbun bersama2 anak2 buah kampong-nya.
Ini-lah kali yang kedua Persekutuan itu menjalankan pengembara'an- nya di-kawasan2 jauh dari Bandar Brunei. Pada kali yang pertama Persek- utuan itu telah mengembara di-kawasan2 Sungai Temburong pada awal tahun yang lalu.
Di-antara perkara2 yang di-jalankan oleh ahli2 Persekutuan ter- sebut dalam ranchangan-nya yang baharu itu ia-lah menyediakan peta2 dari Tasek Merimbun ka-Sungai Tutong; mengutip benda2 yang mustahak di-lihat oleh orang2 ramai dan sebagai-nya.
Rombongan yang pertama dari Persekutuan itu telah berangkat dari Sultan Omar Ali Saifuddin College pada pagi hari Thalatha 1 January, 1957 ka-Tutong melalui jalan raya. Dari Tutong mereka berangkat ka-tempat yang di-tuju dengan menggunakan bebarapa buah Perahu2 Motor Sangkut yang di-perbuat oleh mereka sendiri, dan tiba di-tempat itu pada lewat petang tersebut.
Satelah tiba, ahli2 rombongan yang pertama menyediakan khemah ser- ta lain2-nya;B dan bersama2 rombongan yang kedua yang tiba pada ke-esokan hari mereka terus mara kahadapan menjalankan ranchangan mereka dan tiba di-Bandar Brunei pada masa yang telah di-jadualkan.
"Pengembara 2" tersebut ada-lah mengandongi: Mr. L.A. Bradshaw (Pengetua Sultan Omar Ali Saifuddin College); Mr. R. Fishenden; Mr. M. McInnes; Mr. P. Adamson%; Mr. Poh Soo Jin; Mr. Max Chen; Md. Ali Daud; Abdul Aziz Umar; Awangku Sharifuddin; Sarbini M. Taha; Jalil Marsal; Hus- ain Daud; Awangku Hassan bin Pengiran Mohd. Yassin; Awangku Ahmad bin Pengiran Metali; Awangku Kamaluddin bin Pengiran Haji Abdul Rahim; Awang- ku Hamzad; dan Ja'afar Nordin.
Ada-lah di-fahamkan bahawa Persekutuan Pengembara 2 Sultan Omar Ali Saifuddin College itu akan menjalankan ranchangan-nya yang ketiga dengan mengembara ka-kawasan Batu Apoi, Temburong pada awal tahun hadapan kelak.
PENDAFTAR PERTUBOHAN2
Tuan British Resident telah melantek Mr. Denis Brian McGilligan, sa-orang Peguam, menjadi Pendaftar Pertubohan2 di-Brunei mulai dari 22 January, 1957.
***********************