Peladang2 tersebut ada-lah mengandongi:- Haji Saman bin Haji Tamin (Penghulu Sengkurong)%;B Haji Metussin bin Omar (Penanam Padi di-Sengkurong);B Dato' Setiawan Haji Tinggal (Ketua Kampong Mulaut); Mohamed bin Mail (Ketua Kampong, Kampong Mata2, Gadong); Tupok bin Ahad (Penana Padi Beribi); Haji Sidek bin Abdullah (Penghulu Kuala Lurah);B Dato' Seri Paduka Tuan Haji Mangol. (Penghulu Kilanas); Sharbini Mohamed Said (Penolong Field Officer, Brunei); Orang Kaya Kesuma Haji Tahir (Penghulu Lumapas); dan Haji Kahar bin Haji Sabtu (Penanam Padi dari Sengkurong).
LANTEKAN2 PEGAWAI2 YANG BAHARU
Mr. G.V.C. Young Assistant Attorney General Sarawak, telah dilantek memangku Jawatan sebagai Penasihat Undang2 Negeri Brunei mulai dari 22 January, 1957.
Mulai dari tarikh tersebut juga, Kerajaan telah malantek Mr.Denis Brian McGilligan, sa-orang Peguam menjadi Pendaftar Sharikat2 Negeri Brunei.
Inche' Ali bin Awang Besar, Pegawai Pertadbiran Negeri Brunei,telah di-lantek menjadi Timbalan Penolong Pemungut Hasil2 Tanah Negeri Brunei baharu2 ini.
PEMBAHAGIAN ELECTRIC DI-TEMBURONG
Jurutera Electric Negeri Brunei, Mr. E. Rajaratnam telah berang- kat ka-Bangar, Temburong pada hari Ithnin, 11 February, 1957 untok meny- ampurnakan pachara pembuka 'an rasmi pembahagian electric bagi kawasan itu.
Mulai daripada tarikh tersebut pendudok2 di-Bandar Bangar dapat- lah menggunakan electric dari pukol 5 petang hingga pukol 11.00 malam pada tiap2 hari.
Pada masa ini Pejabat Electric ada-lah menyediakan dua, 22 Kilo- watt Generating Sets; satu daripada-nya di-gunakan sekarang ini dan satu lagi akan di-gunakan pada masa kehadapan kelak.
Pembina 'an Power Station di-Bangar telah di-mulai pada tahun yang lalu dan alat2 pemasang-nya telah siap pada bulan January tahun ini.
Pada masa ini sa jumlah kira2 50 buah rumah2 kedai dan Pejabat2 Keraja'an sedang menggunakan electric di-Bandar Bangar itu.
Sayugia di-sebutkan bahawa dengan ada-nya pembahagian electric di-Bandar Bangar, Temburong, maka segala Bandar2 dalam Negeri ini, kec- uali Muara, sudahpun dapat menggunakan pembahagian electric di-tiap2 buah Bandar itu.
GERAKAN MENCHEGAH DEMAM MALARIA
Pejabat Perubatan Brunei telah mulai menjalankan pekerjaan meny- embor Ubat menchegah Malaria di-kawasan perumahan di-Daerah luar Bandar mulai daripada bulan January yang lalu.
{{inden teks|2em|Saterus-nya, pekerja'an itu akan di-jalankan di-serata Daerah Luar Bandar di-seluroh Brunei dan akan di-jangka akan dapat di-selesaikan dalam masa 7 atau 8 bulan.]]
Pekerja'an itu akan di-ulangi pada tiap2 tahun sahingga Malaria dapat di-hapuskan dari Negeri ini sebagaimana di-jalankan di-Negeri2 Sarawak dan Borneo Utara.
***************