Laman:Pelita Brunei-15 OKTOBER 1957E.pdf/2

Laman ini telah dibaca pruf

Pada pagi hari Ahad 6hbl. October, Darjah2 Ugama Pusat Latehan Guru2 Melayu Brunei dan Sultan Omar Ali Saifuddin College telah mengadakan satu majlis sambutan hari yang berbahagia itu di-bawah pimpinan guru Darjah2 mereka Che'gu Abdul Rahman bin Haji Hashim bertempat di-dewan SOAS College.

Kedua2 Pemangku2 Al-Sultan, Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengeran Bendahara dan Yang Berhormat Mulia Tuan Kadzi Besar Negeri Brunei telah hadzir bersama2 di-majlis itu.

Ketika memberi uchapan di-majlis itu, Yang Teramat Mulia itu berkata, "Bahawa dengan sempana hari yang bertuah dan bersejarah ini, saya dengan perasa'an yang gumbira dan hati yang tulus ikhlas mengambil peluang. terutama-nya menguchapkan shukor ka-hedzrat Ilahi atas lempah rahim-nya, maka dapat-lah kita bersama2 meraikan pada hari yang bersejarah ini, ia-itu pada tarikh 12 Rabbi'el-Awal, yang mana telah di-ketahui oleh umat Islam seluroh-nya ia-lah hari Lebaran yang bersejarah bagi hari jadi Junjongan kita Nabi Mohammad SAW.

"Maka di-sini juga saya mengambil peluang menguchapkan terima kaseh kapada guru2 dan murid2 Sultan Omar Ali Saifuddin College dan juga Pusat Latehan Guru2 Melayu Brunei yang mana telah sudi menjemput bersama2 mera'ikan bagi menyambut hari yang sangat2 bersejarah bagi Junjongan kita Nabi Mohammad.

"Saya berharap dan berdo'a kapada Tohan Rabbul 'Alamin semoga peraya'an2 sambutan yang di-adakan pada hari ini mudah2an akan dapat lagi di-adakan pada tahun2 yang akan datang akan berjalan saterus-nya.

"Dengan rasa yang penoh gumbera, saya menguchapkan terima kaseh kapada guru2 dan murid2 SOAS College dan juga kapada Penuntut2 Pusat Latehan Guru2 Melayu Brunei yang mana telah berkerja sama dan bersatu padu bagi mengadakan sambutan hari yang sangat2 bersejarah bagi Junjongan kita Mohammad yang sangat2 di-gemari ini. Sekian lah uchapan saya di-sudahi sa-kali lagi dengan menguchapkan ribuan terima kaseh."

Yang Berhormat Mulia Pengeran Haji Mohammad Salleh, Tuan Kadzi Besar bagi Negeri Brunei, salah sa-orang Pemangku2 Al-Sultan telah menyatakan di-Majlis sambutan Mauludun-Nabi tersebut bahawa murid2 yang menjadi penuntut2 di-SOAS College dan guru2 mereka telah berjaya pada pagi itu mengadakan keramaian kerana menyambut hari yang mulia memperingati ulang tahun hari Jadi Junjongan Umat Muslimin, Nabi Mohammad SAW, sambil menguchapkan sa tinggi2

tahniah kapada …