Laman:Pelita Brunei-15 OKTOBER 1957E.pdf/3

Laman ini telah dibaca pruf

- 3 -

tahniah kapada para penuntut dari Pusat latehan Guru2 Melayu Brunei dan juga penuntut2 SOAS College itu, serta juga kapada sagenap lapisan kaum muslimin dari seluroh Negeri Brunei yang telah berkerja sama bagi menjayakan tamasha peraya'an Mauludun-Nabi pada tahun ini, dan mudah2an dengan kerja sama itu mereka akan mara ka-hadapan, bersatu melangkah ka-arah kemajuan dan kemulia'an yang di-redza'i oleh Tohan.

"Saya perchaya murid2 yang belajar di-College ini bukan-nya lagi di-dalam lengkongan kanak2, ia-lah telah meningkat jadi pemuda dan pemudi yang akan bertanggong jawab terhadap tanah ayer dan bangsa-nya. Oleh sebab itu menurut kapada sabda Junjongan kita, tuntut-lah ilmu walau ka-Negeri China," Yang Berhormat Mulia menambah kata.

Selanjut-nya Yang Berhormat Mulia itu menegaskan Bahawa SOAS College itu telah ada guru Ugama-nya yang mengajar dan mendidek murid2 yang berUgama Islam, akan tetapi jangan-lah para penuntut berpuas hati dengan 'ilmu yang mereka memperolehi disekolah, kerana 'ilmu pengetahuan di-sekolah itu hanya sabahagian sahaja daripada 'ilmu pengetahuan yang amat luas dan dalam, dan sudah barang tentu-lah penuntut2 itu membacha kitab2 yang berguna dan juga jangan-lah di-cheraikan 'ilmu itu dengan jalan Ugama.

Akhir-nya, Beliau telah menasehatkan kapada kaum Muslimin ia-itu Qoran yang Mulia dan Sunnat(h) perjalanan Rasul Allah itu kedua2-nya pesaka yang di-tinggalkan oleh Rasul-ul Allah ada-lah menjadi hak warith umat Muslimin. Jika sekira-nya mereka mengerti dan menggunakan-nya dengan baik, maka mereka akan memperolehi dengan selamat-nya, tetapi jika tidak, rugi-lah mereka.

PERTEMUAN WAKIL2 PARTAI RAKYAT BRUNEI DENGAN SETIA USAHA NEGARA DI-LONDON

Yang Amat Berhormat Tuan Setia Usaha bagi Tanah2 Jajahan, Mr Alan Lennox Boyd telah bertemu dengan satu Rombongan dari Partai Rakyat Brunei pada petang Thalatha 1 hbl, October, 1957. Demikian menurut satu siaran resmi yang di-terima oleh pehak Keraja'an Brunei daripada Mr Alan Lennox Boyd sendiri.

Rombongan itu ada-lah mengandongi Inche' A.M. Azahari (President Partai Rakyat Brunei), Inche' Jassin Affandi dan Inche' Zaini Haji Ahmad.

Pertemuan di-antara …