Laman:Pelita Brunei-15 OKTOBER 1957E.pdf/4

Laman ini telah dibaca pruf

- 4 -


Pertemuan di-antara Partai Rakyat Brunei dengan Tuan Setia Usaha Negara itu telah di-adakan di atas shor daripada Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan, Sir Omar Ali Saifuddin.

Mr Walter Raeburn Q.C. telah menghadziri pertemuan tersebut sebagai Penasehat Perlembagaan Partai Rakyat Brunei.

***

PEMBUKA AN RESMI PEJABAT TELEPHONE AUTOMATIC DI-BANDAR BRUNEI

Pemangku Al-Sultan, Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengeran Bendahara telah menyampornakan istiadat pembuka'an resmi bangunan Pejabat Telephone Automatic di-Bandar Brunei yang telah berlangsong pada hari Sabtu, 5 hbl October, 1957.

Di-antara ramai para hadzirin dalam upachara tersebut, termasok-lah Tuan British Resident, Yang Berhormat Mr J.O. Gilbert, Ahli2 Mashuarat Negeri dan Pegawai2 Kerajaan.

Sasudah Yang Teramat Mulia melangsongkan istiadat yang bersejarah itu, maka Pehin Tuan Imam pun membacha Do'a Selamat.

Kemudian Pengarah Jebatan Telecom Negeri, Yang Amat Mulia Pengeran Kerma Indra menjemput Yang Teramat Mulia Pemangku Al-Sultan, Yang Berhormat Tuan British Resident dan lain2-nya melawat ka-seluroh tempat dalam bangunan Telephone Automatic yang baharu itu.

***

PASOKAN2 YANG BERJAYA DALAM PERADUAN2 YANG TELAH DI-ADAKAN KERANA SAMBUTAN MAULUDUN-NABI TAHUN INI DI-BRUNEI

Perarakan Laut yang telah di-langsongkan pada malam Sabtu, 4 hbl. October, 1957 — Hadiah yang pertama terpulang kapada Kampong Pemancha Lama; kedua Kampong Tamoi Tengah; ketiga Kampong Pandai Besi; keempat Kampong Saba Ujong; kelima Kampong si-Raja Muda dan pemenang yang keenam Kampong Sungai Kedayan.

Perarakan Darat yang telah berlangsong pada petang Ahad 6 hbl. October, 1957 — Hadiah yang pertama terpulang kapada Kampong Kianggeh (pemenang tahun lepas); kedua Kampong Pemancha Lama dan Maktab Guru2 Melayu Brunei yang telah mendapat markah yang sama. Oleh yang demikian hadiah yang ketiga telah tidak di-sampaikan.

Hadiah yang …