Laman:Pelita Brunei-15 OKTOBER 1957E.pdf/7

Laman ini telah dibaca pruf

yang di-punyai oleh orang2 China di-Kampong China, Bandar Brunei pada pagi hari Khamis 30 hbl. October, 1957. Mereka telah berhasil merampas beberapa banyak chandu dan alat2 mengisap chandu.

Lima orang China dan termasok sa-orang perampuan telah di-bawa ka-Balai Police dan kemudian di-da'wa kerana mempunyai chandu.

Pada pagi itu juga sa-orang China telah di-tangkap kerana menyimpan chandu oleh sa-orang Pegawai Custom di-Jetty Custom di-Bandar Brunei.

Samentara itu dua orang Pegawai 2 Custom Brunei telah menangkap sa-orang China di-sa-buah kedai kopi di-Banda Brunei pada 4 hbl. October yang lalu juga kerana mempunyai chandu. Ia telah di-bawa ka-Balai Police dan di-da'wa atas perkara di-atas.

***

PERMINTAAN MENGGUNAKAN WANG NEGERI ASING PADA TAHUN 1958

Ada-lah di-kehendaki bahawa semua orang yang membawa masok barang2 dari luar negeri ka-Negeri ini (kechuali Sharikat Brunei Shell Petroleum) hendak-lah menghantarkan kapada Pengarah Jabatan Custom dan Excise Brunei keterangan yang tersebut di-bawah berkena'an dengan perkara perminta'an menggunakan "hard currency" atau pun wang dari negeri asing pada tahun 1958.

Perminta'an ini mesti-lah di-buat dengan sachukup-nya dan tidak ada jaminan yang boleh di-beri bahawa kebanyakkan daripada wang yang terma'lum akan dapat di-perolehi.

Orang2 yang hendak membuat perminta'an ada-lah di-ma'lumkan bahawa keterangan2 itu hendak-lah sampai di-Pejabat Pengarah Jabatan Custom dan Excise, Brunei sabelum 20 hbl. October, 1957.

***

PEMANGKU PEGAWAI DA'ERAH BRUNEI-MUARA

Mr Patrick MacAfee telah di-lantek untok memangku jawatan sabagai Pegawai Daerah Brunei dan Muara menggantikan tempat Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Ahmad bin Daud yang pada masa ini sedang berada di-luar negeri. Lantekkan tersebut bermula pada 1 hbl, September, 1957.

***