Laman:Pelita Brunei-15 OKTOBER 1957E.pdf/8

Laman ini telah dibaca pruf

- 8 -


SEKITAR LAWATAN DYMM SULTAN KA-EROPAH

Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan, Sir Omar Ali Saifuddin dengan rombongan-nya, sa telah menghadziri temasha Peraya'an Malaya Merdeka di-Kuala Lumpur, telah pun bertolak ka-England dan telah tiba di-padang kapal terbang London dengan selamat-nya pada 25 hbl. September, 1957 yang lalu.

Ketika tiba di-padang kapal terbang itu, Baginda telah di-temani oleh Mr E.E.F. Pretty, Bekas British Resident Brunei, yang kini menjadi Wakil Kerajaan Brunei di-United Kingdom dan oleh Sir Whitely dari Pejabat Jajahan Ta'lok British di-London.

Ke-esokkan hari-nya Baginda berada di-England, ia telah memulakan lawatan-nya dengan melawat ka-Pejabat Jajahan Ta'lok di-London di-mana Baginda telah bertemu dengan Tuan Pemangku Setia Usaha Negara. Kemudian Baginda telah melawat ka-Pejabat Wakil Keraja'an Brunei di-United Kingdom dan bertemu dengan Wakil2 Pergerakkan Pengakap Negeri Brunei yang telah menghadziri Perkhimahan Pengakap2 sa-Dunia di-England.

Pada 7 hbl. September Baginda telah menghadziri satu Majlis Jamuan Minuman atas jemputan oleh Wakil Keraja'an Brunei di-United Kingdom di-Claridges.

Di antara saramai 140 orang para hadzirin di-majlis itu termasok-lah beberapa orang Pegawai2 kanan dari Pejabat Jajahan Ta'lok British di-London; Pesuroh Jaya Tinggi Malaya di-United Kingdom, Datok Nik Kamil; Mr E.E.F. Pretty sendiri dan Mr W.J. Peel, kedua-nya bekas British Resident di-Brunei; Mr E.R. Bevington, Pesuroh Jaya Perkembangan Negeri Brunei yang pada masa ini sedang dalam perchutian-nya dan isteri-nya dan Bekas Tuan Gobarnor Borneo Utara, Sir Ralph Hone dan Mem-nya.

Antara lain Baginda telah juga melawat dan memereksa antara satu dari dua buah rumah dan halaman-nya yang bertempat di-Crawly guna untok di-beli. Rumah yang terpileh itu nanti akan di-beri nama "Brunei House" dan akan di-gunakan untok tempat tinggal penuntut2 dari Brunei yang belajar di-England. Baginda juga telah berkesematan melawat ka-Kilang membuat roti yang bernama Huntley & Palmers di-Reading bersama2 dengan Pengiring2-nya dari Brunei dan Tuan E.E. F. Pretty.

Tatkala berada di-sana Baginda telah di-temui oleh Pengurus Umum kilang itu dan telah mengatakan bahawa itu-lah dia salah satu

kilang roti …