Laman:Pelita Brunei-15 OKTOBER 1957E.pdf/9

Laman ini telah dibaca pruf

- 9 -

kilang roti yang terbesar di-Eropah yang mempunyai 6,000 orang pekerja2 dan boleh membuat sabanyak 12 ton roti pada satu hari atau pun ton roti pada tiap2 satu jam.

Baginda telah juga berpeluang melawat ka-tempat penyiasatan penyakit dan musoh tanam2an di-Woodstock Farm di-Da'erah Kent, London. Tempat ini ia-lah sa-buah tempat penyiasatan berbagai jenis penyakit dan musoh tanam2an yang tumboh di-negeri2 yang berhawa panas. Tempat ini ada-lah di-punyai oleh Shell Company.

Ketika tiba di-tempat itu, Baginda serta pengiring2-nya telah di-sambut oleh Pengelola sharikat itu dan telah di-bawa dan di-tunjokkan bermacham2 tempat penyiasatan.

Baginda kelihatan sangat gemar mengetahui berbagai2 jenis2 tumboh2an dan musoh-nya serta chara melawan berbagai2 penyakit tunboh2an, istimewa pula dalam satu penyiasatan melawan dan membunoh nyamok dan lalat.

Satelah melawat beberapa bahagian dalam Pejabat itu, Baginda telah di-jemput menghadziri satu Majlis Jamuan makan tengah hari di-"Ye Olde Bull" di-Sitting Bourne, sa-buah tempat makan. Bangunan ini telah di-bena 600 tahun dahulu dan pada satu masa yang lampau telah pernah di-gunakan oleh puak Saxon, waktu England di-bawe pemerentahan Keraja'an Rome.

Mr W.M. Moore, bekas Managing Director, mendiang British Malayan Petroleum Company Seria salama 6 tahun, telah juga hadzir dalam jamuan tersebut.

***

KEBAKARAN DI-BANDAR BRUNEI

Satu kebakaran telah berlaku di-bangunan Power Station di-Bandar Brunei yang berdekatan dengan Studio Radio Brunei pada sabelah petang 9 hbl. October, 1957. Beratus2 orang telah datang menyaksikan-hya.

Kebakaran itu bermula dari sa-buah tangki yang berisi minyak sabanyak 100 gallon dalam bangunan itu pada pukul 3.18 petang itu. Pada masa kebakaran itu sedang berlaku api telah memunchak naik lebeh daripada 20 kaki ka-atas. Akibah-nya switch gear dan sa-buah jentera telah rosak,, dan kira2 dua jam seluroh Bandar Brunei tidak mempunyai api eliktrik.

Semasa api mulai …