Laman:Pelita Brunei-16 Jun 1956.pdf/10

Laman ini belum dibaca pruf

UNDANG2 BAHARU MAJLIS UGAMA DAN ADAT ISTIADAT BRUNEI

                  (Sambongan dari PELITA BRUNEI No.7)

Samenjak keluaran PELITA BRUNEI bilangan yang kedua hingga bilangan yang ketujoh kita telah menyiarkan beberapa perkara ne ngenai Undang2 Baharu Majlis Ugama dan 'Adat Istiadat Brunei se- bagai mana yang telah dipersetujukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin dalam Majlis Mashuarat Negeri Brunei pada bulan February tahun ini.

Undang2 yang baharu itu telah berjalan kuat kuasanya mulai 1 haribulan February, 1956 dan telah dibuat sebagai menggantikan tiga buah Undang2 Ugama Negeri Brunei yang telah dibatalkan. Un- dang2 yang baharu itu adalah didasarkan kapada sabuah Undang2 Ugama yang sedang berjalan kuat kuasanya dalam Negeri Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu, yang mana berbagai 2 perkara telah di. abshiran oleh Pehak Yang Berkuasa Negeri ini supaya Undang2 tu itu bersesuai dengan keadaan dalam Negeri Brunei.

Menurut kapada Undang2 tersebut, sabuah Lembaga yang di- namakan "MAJLIS UGAMA DAN ADAT ISTIADAT NEGERI" hendaklah ditu- bohkan dengan saberapa segera untok memberi nasehat kapada Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei sebagai Ketua dan Kepala Ugama Is- lam dalam Negeri ini menganni kosemua perkara yang bersangkut paut dengan Hukum2 Islam diseluroh Brunei.

Undang2 yang baharu itu chuma dikenakan keatas orang2 Is- lam sahaja yang melanggar Hukum2 Ugama Islam. Mereka bolehlah dida'wa dan dihukumkan oleh Mahkamah2 Kadzi yang telah dituboh- kan di Negeri ini dengan diketuai oleh Kathi Besar, yang pada masa sekarang ialah Pengiran Haji Mohamed Salleh bin Pengiran Anak Haji Mohamed.

Bagaimana pun, orang2 yang bukan berugama Islam yang di- dapati menggalakkan orang2 Islam melanggar Hukum2 Ugamanya, me- reka itu bolehlah pula dida'wa oleh Mahkamah Kehakiman.

Dibawah ini kita siarkan lagi sambongan berhubong dengan Undang2 Ugama tersebut:

Tiap2 jawatan Khatib yang kosong bagi mana2 Masjid tidak- lah akan diganti, dikechualikan dalam mana2 perkara yang dipe- rentahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei sendiri.

Jika berlaku sebarang kekosongan atau akan menjadi kosong mana2 jawatan Bilal bagi mana2 Masjid, maka hendaklah menjadi kewajipan bagi Imam Masjid itu, satelah mengadakan perundingan dengan Pegawai Pejabat Ugama membuat shor kapada Majlis Ugama sama ada jawatan yang kosong itu akan dipenohi atau tidak, dan jika dipersetujui, siapakah yang patut dilantek untok memegang jawatan itu.

Jawatan Kuasa Ulama hendaklah memereksa kelulusan2 mana2 orang yang dish orkan itu dan hendaklah memberi tahu kapada Maj- lis Ugama keputusannya itu.

Majlis Ugama itu bolehlah bagi pehak Duli Yang Maha Mulia Stan Brunei melantek mana2 orang yang layak dan menasabah men- Jaai Bilal bagi mana2 Masjid, dan hendaklah memberikan sabuah Tauliah mengand ongi Chap Majlis itu kapada mana2 orang yang di- lantek memegang jawatan itu.

Tiap2 Pegawai Masjid akan memegang jawatan itu pada sepanjang masa yang dipersetujui oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, dan jawatan itu bolehlah dimansukhkan oleh Duli Yang Maha Mulia atas perkara2 yang menasabah.

                              (BERSAMBONG )