Laman:Pelita Brunei-16 Jun 1956.pdf/11

Laman ini belum dibaca pruf

PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN BRUNEI KA ENGLAND

Penolong Pegawai Penerangan Negeri Brunei, Mohamed Yusuf bin Pengiran Haji Abdul Rahim telah berangkat dari Brunei ka Singapura dengan kapal terbang pada pagi hari Ithnin 11 June, 1956 dan dari sana telah berlepas ka England gawai2 Penerangan dari lain2 negeri untok menghadziri Persi- pada 12 June dengan kapal terbang bersama beberapa orang Pe- dangan Pegawai2 Penerangan Commonwealth di England.

Beliau dijangka akan balek ka Brunei pada awal bulan August akan datang.


LANTEKAN BAHARU PEGAWAI2 KERAJAAN BRUNEI

Senior Inspector Pengiran Jaya telah dilantek menjadi Officer Commanding Police District, Brunei mulai dari 30 May, 1956 menggantikan tempat Inspector B.M.G. Carvalho yang telah berhenti dari jawatan itu, den sekarang sedang berchuti.

Mr. Chua Kwang Soon telah dilantek menjadi Superinten- dent of Customs, Kuala Belait mulai dari 1 May, 1956.

Mr. Ernest Francis De Silva telah dilantek menjadi Peme- reksa kenderaan2 baharu2 ini.

Mr. M.J. Caldwell, saorang Juru-tera Ayer, akan ber- khidmat dengan Pejabat Kerja Raya Brunei sebagai Juru-tera Ayer. Mr. Caldwell dijangka akan berangkat dari Liverpool, England ka Brunei dengan kapal laut pada 7 August, 1956 dan akan tiba di Bandar Brunei melalui Singapura pada 12 Septem- ber.

Mrs. D. Watson-Hyatt, bekas Pengawas Sekolah2 Inggeris Bahagian Permulaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura, iaitu saorang pakar dalam hal ehwal pelajaran kanak2, telah dilantek baharu2 ini menjadi saorang Guru Bahasa Inggeris di Brunei. Beliau akan berangkat dari England ka Brunei pada 21 June, 1956 dan dijangka akan tiba di Brunei pada penghu- jong bulan July hadapan.

Mr. G.L. Malcolm, bekas Engineer-in-Charge, Workshops and Plant, di Singapura selama tiga tahun telah dilantek ba- haru2 ini menjadi Officer-in-Charge, Workshops di Kuala Be- lait, Brunei.

Mr. J.K. Corrigan telah dilantek baharu2 ini memangku jawatan Controller of Customs & Excise, Brunei selain dari- pada memegang jawatan2nya sendiri sabagai Pegawai Marine Negeri.

Dr. P.A. Hood, telah dilantek menjadi Medical Officer- in-Charge, Daerah Kuala Belait mulai dari 16 May, 1956 meng- gantikan jawatan Dr.S. Tillot yang telah berhenti dari jawatan itu mulai dari tarikh tersebut juga.

Che' A.M. Noor, telah dilantek menjadi Setia Usaha bagi Licensing Boards, Brunei untok tahun 1956 menggantikan Mr. Chua Kwang Soon.

                      -------------------------