PADANG TERBANG BRUNEI
Pekerjaan membesarkan Padang Terbang Brunei di Berakas telah berjalan dengan majunya dan adalah diharap bahawa peker- jaan itu akan dapat diselesaikan pada penghujong bulan July, atau dalam bulan August tahun ini.
Pada masa tersebut, kapal2 terbang yang besar saperti Dakota akan dapat mendarat di Padang Terbang itu. Sahingga kamasa ini, kapal2 terbang jenis tersebut yang datang dari Singapura dan Kuching mendarat di Padang Terbang Labuan. Ha-ruslah pada masa akan datang, sabuah kapal terbang akan ter- bang terus dari Brunei ka Sibu, Kuching atau ka Singapura dengan tidak payah terbang dari Brunei ka Labuan.
Sabuah bangunan yang besar sedang dibangunkan di Padang Terbang Berakas itu, mengandongi Pejabat Padang Terbang, Kedai Makanan dan lain2nya untok kegunaan orang2 yang pergi menghantar penumpang2 kapal terbang yang hendak berangkat ka lain tempat, dan juga kerana menemui penumpang2 yang datang ka Brunei.
Salain daripada itu, akan juga disediakan suatu tempat yang khas dalam bangunan tersebut menunjokkan barang2 perusa- haan Negeri ini, saperti barang2 pertukangan perak Negeri ini yang chukop mashor dari beberapa abad yang lalu.
Menara Kawalan Lalu Lintas Udara di Padang Terbang itu akan dibangunkan satinggi tiga tingkat, dari mana Anggota2 Pengawalan Lalu Lintas Udara dapat melihat dengan sapenohnya keadaan kawasan dikeliling padang terbang itu.
Bangunan tersebut dan Menara Kawalan Lalu Lintas Udara itu tidak akan siap dibangunkan terdahulu daripada kapal2 ter- bang jenis Dakota dapat mendarat di Padang Terbang itu. Bagai- mana pun, Bangunan dan Menara itu diharap akan siap dibangun- kan sabelum akhir tahun ini.
AMARAN KAPADA TUAN2 PUNYA TANAH
Adalah diumomkan kapada orang ramai bahawa Kawasan Muni- cipal Bandar Brunei akan diperbesarkan sedikit hari lagi.
Kawasan yang baharu itu akan mengandongi sabilangan tanah2 yang dimileki dibawah Gelaran Pertanian yang digunakan oleh tuan? punya nya untok usaha2 selain daripada pertanian. adalah dikahendakki membuat permintaan kapada Pejabat Tanah untok dipinda sharat2 gelaran tanah mereka apabila kawasan yang baharu itu ditetapkan jikalau mereka berkahendak menggunakan tanah2 me- reka untok lain2 keperluan selain daripada yang ditetapkan dalam surat perjanjian.
Orang2 yang mempunyai Gelaran Pertanian dalam kawasan Muni- cipal adalah dibenarkan menggunakan tanah itu hanya untok perusa haan pertanian. Sakiranya mereka terus menggunakan tanah mereka dalam Kawasan Municipal selain daripada yang ditetapkan dalam surat perjanjian itu, maka tindakan akan dijalankan keatas mere- ka dibawah Undang2 Tanah.
------------------------