Laman:Pelita Brunei-16 Jun 1956.pdf/2

Laman ini belum dibaca pruf

UCHAPAN TERIMA KASEH DARI DYMM SULTAN BRUNEI

Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Sai- fuddin berasa sangat sukachita hendak mengucapkan berbanyak2 terima kaseh kapada kesemua orang yang telah menziarahi Ba- ginda pada masa Hari Raya I'dil Fitri di Istana Darul Hana baharu2 ini.

Dibawah ini kita siarkan untok pengetahuan orang ramai titah Diraja tersebut :

"Saya berasa sangat bangga dan dengan penoh kesukachi- taan hendak menguchapkan berbanyak2 terima kaseh kapada tiap2 orang dari sebarang bangsa yang telah mengunjungi ka Istana Darul Hana selama enam hari mulai dari Hari Raya yang kedua kerana menguchapkan Selamat Hari Raya kapada Saya dan juga kapada Duli Yang Maha Mulia Raja Isteri.

"Atas niat yang baik itu, Saya de- ngan hati yang suchi murni menguchapkan kahadzrat Tuhan Yang Maha Kuasa samoga sekalian pendudok2 dalam Negeri Brunei, Darul Salam, akan beroleh dengan rahmat dan dichuchuri de- ngan penoh kegumbiraan satiap masa. OMAR ALI SAIFUDDIN, SULTAN BRUNEI "

Sabagai suatu bukti bahawa ramai orang telah melawat ka Istana Darul Hana pada masa tersebut kerana menunaikan kewajipan yang terma'lum, dapatlah kita terangkan bahawa menurut suatu kenyataan yang rasmi, lebeh daripada 6,000 orang dari berbagai2 bangsa, lelaki dan perempuan telah meny empornakan perkara tersebut.


BRITISH RESIDENT BRUNEI YANG BAHARU

Mr. D.C. White, O.B.E., bekas Resident Sibu, Sarawak akan memangku jawatan British Resident Brunei pada masa Mr. J.O. Gilbert berchuti. Mr. White dijangka akan tiba di Brunei pada 19 June, 1956 dengan sabuah kapal Kerajaan Brunei dari Sibu, Sarawak.


Sabelum masa British Resident Brunei yang baharu itu tiba di Negeri ini, jawatan British Resident itu akan di- pangku oleh Pesuroh Jaya Perkembangan Negeri Brunei, Mr. E.R. Bevington.


PEGAWAI2 DAERAH BRUNEI DAN KUALA BELAIT

Pengiran Abu Bakar bin Pengiran Onar Ali, bekas Pegawai Daerah Brunei-Muara samenjak 10 tahun yang lalu, telah ditukarkan ka Kuala Belait baharu2 ini menggantikan tempat Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Ahmad bin Daud se- bagai Pegawai Daerah Kuala Belait.

Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Ahmad bin Daud pula pada masa ini sedang memegang jawatan Pegawai Daerah Brunei- Muara.


                              --------------------------