Laman:Pelita Brunei-16 Jun 1956.pdf/5

Laman ini belum dibaca pruf

jikalau ada banyak orang sanggup mengerjakannya. Tetapi jika- lau tidak, maka terpaksalah kerja2 itu dijalankan dengan per- lahan2.


PENUBOHAN KERAJAAN TEMPATAN

Penulong Resident, Brunei Mr. D.L. Bruen akan melawat kaseluroh Negeri Brunei selama kira2 6 minggu berhubong dengan perkara penubohan Kerajaan Tempatan di Negeri ini.

Beliau akan diiringkan oleh Mr. Patrick McAfee dari Es- tablishment Section Kerajaan Brunei dan kemudian oleh Inche' Sunny bin Ahmat, bekas Pegawai Daerah Seria.

Mr. Bruen telah berangkat dari Brunei ka Daerah Tembu- rong pada 6 June dan telah berada disana hingga 9 June. liau telah melawat Muara dari 12 hingga 14 June dan mulai dari 18 hingga 21 June beliau akan berada di Daerah Tutong. dian diantara 25 dan 28 June beliau akan melawat Daerah Kuala Belait. Dari 2 July hingga 5 July, Mr. Bruen dan rombongan- nya akan berada di Daerah Brunei.

Dalam masa lawatannya itu, Mr. Bruen akan mengadakan pertemuan2 dengan saberapa banyak orang2 ramai dalam bandar2 dan kampong2 untok menerangkan chara2 pertadbiran Kerajaan Tempatan. Salepas itu beliau akan menyediakan sabuah penyata dan shor2 mengenai lawatan2nya.

Pada masa Mr. D.L. Bruen menyempornakan kewajipannya sebagaimana tersebut, jawatan Penolong Resident, Brunei akan dipangku oleh Mr. G. Lloyd-Thomas, bekas Pemangku Resident, Limbang, Sarawak.


KEMAJUAN RANCHANGAN TELEPHONE VHF

Diumomkan untok pengetahuan orang ramai bahawa Saloran Telephone VHF ka Kuala Belait dan Labuan disambongkan pada masa ini dengan telephone2 di Pejabat2 Kerajaan Bandar Brunei.

Inilah salah satu daripada langkah2 yang pertama menge- nai kemajuan yang telah dijalankan oleh Pejabat Telecommuni- Controller pejabat itu berharap bahawa bilangan telephone2 di Bandar Brunei yang boleh disambongkan dengan Saloran Telephone VHF itu akan dapat ditambah tidak berapa lama lagi.

Apabila pekerjaan tersebut diselesaikan, maka dapat- lah orang ramai membuat perhubongan dengan Labuan atau Kuala Belait menerusi Saloran VHF dengan telephone masing2 dan ti- dak payah membuat perhubongan dengan telephone2 khas yang di- sediakan oleh Pejabat Telecommunications.

Sahingga baharu2 ini perhubongan2 dari Brunei ka Kuala Belait dan ka Labuan hanya boleh dibuat menerusi telephone2 di Pejabat British Resident, Post Office dan dari Wireless Station.

                     ---------------------------