KEMAJUAN PEMBINAAN JALAN2 RAYA DI BRUNEI
Menurut suatu kenyataan dari Juru-tera Negeri Brunei, bertambah2 kemajuan telah dapat dichapai mengenai pembinaan jalan2 raya dalan Negeri Brunei pada tahun 1955. Pada awal tahun yang lalu, penyiasatan2 telah dijalankan dan pekerjaan membina jalan2 raya itu dilakukan pada pertengahan tahun, da- lam mana beratus2 orang telah bekerja. Dalan Bandar Brunei, Kuala Belait dan Seria sejauh 5 batu, dan 13 chain jalan2 yang baharu telah disiapkan.
Selain daripada membina jalan2 raya itu, beberapa ba- nyak jalan2 kechii dan jambatan2 yang kechil dikawasan itu telah dibina, serta juga beberapa banyak parit2 dan jalan2 untok orang berlalu lintas disabelah jalan2 raya juga dibina.
Adalah dijangka bahawa dengan pengalaman yang dalam me- ngenai hal ehwal membina jalan2 raya di Negeri ini yang telah dilakukan pada tahun yang lalu, pembinaan jalan2 raya pada tahun ini akan beroleh dengan bertambah2 kemajuan daripada tahun yang lalu.
JENTERA YANG BAHARU BAGI MEMBANCHOH SEMEN DAN MEMADAT TANAH
Pejabat Kerja Raya Negeri Brunei telah membeli sabuah jentera yang baharu bagi membanchoh semen dan memadat tanah untok digunakan bagi pekerjaan membina jalan2 raya di Negeri ini.
Sabuah lagi jentera jenis itu sudah pun digunakan dan mendatangkan hasil yang baik, kerana jalan raya yang baharu yang baik dari Bandar Brunei ka Batu 6 di Jalan Tutong telah dibina dengan menggunakan jentera itu.
Jentera yang baharu itu akan digunakan dalam pekerjaan membina jalan raya dari Danau ka Anduki. Hutan diantara ke- dua tempat itu sudah pun ditebas sejauh 8 batu dan adalah di- harap bahawa dengan jalan ini, pekerjaan membina jalan raya diantara Brunei dan Seria dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
PERUMAHAN "FLATS" KERAJAAN DI TASEK
Akhbar Borneo Bulletin, Kuala Belait baharu2 ini telah menyiarkan sedikit berita yang tidak benar berhubong dengan perumahan "flats" Kerajaan di Tasek. Akhbar itu berkata baha- wa hasil yang berfaedah tidak diperolehi daripada usaha mena- han tanah yang sedang runtoh berhampiran "flats" itu.
Berita yang sabenar ialah batu2 yang berat diperbuat dengan semen dan besi telah ditanam dibawah bangunan sabelum "flats" itu dibangunkan.
Akhbar itu juga berkata bahawa gambar2 yang mereka siar- kan ada menunjokkan bagaimana tanah dari bawah bangunan itu sedang runtoh. Berita ini juga tidaklah benar, kerana bangu- nan itu dibangunkan diatas batu2 semen dan besi yang chukop kuat, menekala tanah yang muntoh itu sabenarnya ialah disabe- lah belakang "flats" itu.