Laman:Pelita Brunei-16 Jun 1956.pdf/7

Laman ini belum dibaca pruf

Pada masa ini Kerajaan sedang mempelawakan tender2 bagi menyudahkan pembangunan "fiats" itu dan adalah dijangka bahawa ia akan dapat didudoki sabelum akhir tahun ini.


PEKERJAAN MEMBERSEHKAN SUNGEI BELAIT

Pekerjaan membersehkan Sungei Kuala Belait telah dimula- kan baharu2 ini satelah Captain Doust dari Federal Dredging Company tiba di Brunei dari Singapura.

Captain Doust telah membawa kapal2 serta alat2 yang hen- dak digunakan dalam pekerjaannya itu dan samenjak masa itu, beliau sibok menjalankan pekerjaan2nya.

Satelah tiba di Kuala Belait, Captain Doust dan orang2 yang bekerja member sehkan sungei itu telah berangkat ka Bukit Sawat dan pada masa ini mereka telah berangkat pula ka Pang- kalan Siong kerana membersehkan kawasan diantara kedua2 tem- pat itu.

Hujan telah turun dengan chukop lebat tidak berapa lama salepas mereka itu tiba di Pangkalan Siong, dengan menyebab- kan ayer sungei naik satinggi sabelas kaki. Pasokan member- sehkan Sungei Belait itu telah mengadakan sabuah sukatan ayer di Bukit Puan supaya dapatlah diberi tahu kapada mereka dengan radio pada satiap hari dalamnya ayer sungei itu.


PEMBAHAGIAN AYER DI BANDAR BRUNEI

Bendungan perbekalan ayer minum di Tasek baharu2 ini hampir kekeringan ayer kerana kemarau yang telah berlaku se- lama beberapa hari yang panas. Ayer telah berhenti keluar meluap dari atas bendungan itu kadalam kolam ayer yang diba- wahnya dengan menyebabkan sedikit ayer sahaja yang tinggal didalam kolam ayer itu.

Hujan lebat yang telah turun sedikit hari salepas itu telah dapat mengisi ayer yang dikahendakki kadalam bendungan ayer itu.

Adalah diberitakan bahawa pendudok2 di Bandar Brunei sedang menggunakan lebeh banyak ayer daripada masa yang lalu. Pada tahun 1955 pendudok2 di Bandar Brunei telah menggunakan sebanyak 13,000,000 gallon ayer pada tiap2 bulan dan samenjak pump2 yang baharu dan alat penapis ayer di gunakan di Tasek, pendudok2 dalam Bandar Brunei ini telah menggunakan sebanyak 23,000,000 gallon ayer pada tiap2 bulan.

Dijangka bahawa usaha mengadakan perbekalan2 ayer yang baharu yang dapat diadakan bagi menyediakan ayer yang chukop untok kegunaan pendudok2 tempatan akan mengambil masa 2 hingga 3 tahun.

Samentara itu, Kerajaan sedang membuat ranchangan bagi mengadakan jamban2 tarik untok pendudok2 diseluroh Bandar Brunei. Tetapi jamban2 itu akan hanya dapat diadakan apabila perbekalan ayer menchukopi.

Bagaimana pun, di Brunei untok menjalankan penyiasatan mengenai kegunaan ayer dari Sungei2 Kianggeh, Tasek dan Berangan untok jamban2 tarik dua orang Juru2-tera dijangka akan tiba itu.

Juru2-tera itu ...