Laman:Pelita Brunei-16 Jun 1956.pdf/8

Laman ini belum dibaca pruf

Juru2 tera itu dijangka akan tinggal di Brunei selama diantar 3 dan 4 bulan untok menjalankan kewajipan mereka su- paya Bandar Brunei tidaklah akan kekurangan ayer pada masa be- berapa tahun yang akan datang.


RANCHANGAN PERKEMBANGAN GETAH

Pejabat Pertanian Negeri Brunei mema'lumkan bahawa hanya sapuloh permintaan2 sahaja untok menanam getah yang baharu te- lah diterima oleh Pejabat itu pada bulan April yang lalu.

Pejabat itu berasa dukachita menyatakan bahawa pekebun2 kechil tempatan tidak begitu gemar menchapai peluang yang te- lah diberi oleh Kerajaan berhubong dengan Ranchangan Perkem- bangan Getah yang telah dijalankan sakian lama.

Menurut suatu berita dari Pejabat Pertanian Negeri, jumlah 9,400 pohon2 getah yang kechil telah dibahagikan kapada 10 orang yang telah membuat permintaan. Pohon2 itu akan dita- nam dalam kebun2 mereka berjumlah saluas 52 ekar tanah dalam beberapa daerah2.

Pekebun2 kechil ini akan menerima bonus sebanyak untok tiap2 ekar tanah yang sudah ditanam dengan pohon2 getah selama enam bulan satelah pohon2 itu dipereksai oleh Pejabat Pertanian dan didapati pekebun2 kechil itu menurut sharat2 serta nasehat2 yang diberi dibawah ranchangan ini.

Pejabat itu mema'lumkan lagi bahawa 25 permintaan2 un- tok menanam getah semula telah diterima dalam masa pertenga- han bulan June ini. Inilah suatu perkhabaran yang baik kera- na pejabat itu belumlah lagi menerima sebarang permintaan pun dari pendudok2 Negeri ini untok menanam getah semula.

Kesemua 25 permintaan2 itu datangnya dari orang2 Melayu dari Daerah Tutong. Mereka mempunyai 271 ekar tanah dimana telah ditanam pohon2 getah yang lama. Pejabat Pertanian akan memberi sebanyak 54,200 batang2 pohon2 getah yang diperolehi dari tempat perchubaan menanam pohon2 di Berakas kapada mereka itu untok ditanam dikebun masing2, iaitu mengandongi 200 ba- tang2 pohon getah pada tiap ekar tanah.

Samenjak beberapa hari yang lalu, Pejabat Pertanian Ne- geri Brunei telah menerima permintaan2 dari ramai bilangan pen- dudok2 di Negeri ini untok menanam pohon2 getah yang baharu, dan samenjak pertengahan bulan May, Pejabat Pertanian telah memberi sebanyak 21,435 pohon2 getah yang kechil kapada peke- bun2 getah itu.

{{inden teks|2em|Pegawai Pertanian Negeri menyatakan bahawa beliau per- chaya iaitu pendudok2 di Negeri ini adalah gemar dalam perusa- haan menanam getah dan berharap supaya janganlah mereka lepas- kan peluang yang diberi kapada mereka oleh Pejabat Pertanian Negeri ini pada masa sekarang.


RANCHANGAN MENGADAKAN KILANG BAJA DI MUARA

Suatu ranchangan bagi mengadakan kilang baja di Muara, Brunei sedang dijalankan pada masa ini dan sebagai buktinya, saorang Juru-tera dari Sharikat Manderstan & Partners, London telah melawat Negeri Brunei baharu2 ini untok menjalankan pe- nyiasatan berhubong dengan ranchangan ini.

Juru-tera tersebut, ...