Laman:Pelita Brunei-16 Jun 1956.pdf/9

Laman ini belum dibaca pruf

Juru-tera tersebut, Mr. L.H. Manderstan telah mengada- kan perundingan? dengan Pesuroh Jaya Perkembangan Negeri Bru- nei, dan juga dengan Wakil? dari Sharikat Minyak British Ma- layan Petroleum Company Limited, Seria semasa berada di Nege- ri ini dalam mana beliau telah melawat ka kawasan yang telah dichadangkan untok membina kilang baja itu di Muara dan juga beliau telah melawat ka Padang2 Minyak di Seria.

Pada masa ini perhubongan2 sedang dibuat dengan Kera- jaan2 Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Ceylon dan de- ngan lain2 negeri untok mendapatkan tahu jikalau Kerajaan? itu berkahendakkan baja2 dan juga adakah mereka berkahendak- kan membeli baja2 yang diperbuat di Brunei.

Menurut penyiasatan2, kesemua negeri2 itu sedang mem- beli beberapa banyak baja2 dari negeri asing dan keperluan mereka bertambah2 pada tiap2 tahun.

Meskipun penyata dari pehak Sharikat Manders tan & Part- ners itu belumlah lagi diterima oleh Kerajaan Brunei, adalah diharapkan bahawa penyiasatan2 berhubong dengan rancha- ngan tersebut akan beroleh dengan hasil yang baik.

Sakiranya sabuah kilang untok mengeluarkan baja dituboh- kan di Negeri ini, berma'nalah bahawa pendudok2 Negeri ini dapat membeli baja2 dengan harga yang murah dan dengan hal itu, dapatlah mereka mengeluarkan banyak tanaman dari tanah mereka.

Berlebeh2 lagi, dengan adanya sabuah kilang baja seba- gaimana yang diranchangkan itu, dapatlah pendudok2 Melayu di Negeri ini bekerja disabuah tempat perusahaan sechara baharu, sambil menambahkan pengalaman masing2 pula.


PAKAR2 ILMU BUMI DARI AUSTRALIA DI BRUNEI

Dua orang pakar2 Ilmu Bumi Kerajaan Australia, burne dan Mr. Baker telah tiba di Brunei untok menjalankan pe- nyiasatan2 mengenai tanah dikawasan diantara Muara dan Berakas.

Semasa berada disini, beliau2 itu akan mengambil chon- toh2 tanah dari beberapa tempat dikawasan itu dan menghantar- kannya ka England untok disiasat dengan lebeh lanjut.

Mereka itu juga akan menyediakan peta yang besar mengan- dongi kawasan tersebut dengan menunjokkan jenis tanaman, dan baja yang perlu digunakan untok tanah itu.

Dengan jalan tersebut, dapatlah dijalankan pekerjaan bagi menambahkan pengeluaran tanaman peladang2 dan juga de- ngan jalan itu dapatlah ditentukan beberapa banyakkah tanah yang perlu diberi kepada sasa orang peladang pada masa dija- lankan ranchangan2 penempatan2 semula.


KAWASAN MENAROH KERETA2 DI BANDAR BRUNEI

Kerajaan Brunei telah menyediakan tempat menaroh kereta? dihadapan kedai2 di Jalan Sultan, Bandar Brunei.

Dengan adanya tempat menaroh kereta2 itu ditengah2 Ban- dar Brunei, tidaklah payah lagi tepi2 jalan itu penoh sesak dengan kereta2 sebagaimana masa yang lalu.

                       -------------------