KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
DYMM SULTAN SANGAT SUKACHITA MENYAKSIKAN KEMAJUAN2 YANG DI-PEROLEHI
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN, Sir Omar Ali Saifuddin, sangatlah sukachita menyaksikan kemajuan2 yang di-perolehi dalam lawatan Bag- inda pada hari Thalatha 19 March, 1957 ka-Masjid Pekan Brunei yang baharu dan ka-lain2 tempat yang sedang di-bina di-bawah Ranchangan Perkembangan Negeri.
Baginda telah melawat ka-tempat2 tersebut dengan di-iringi ol- eh Pemangku Pesuroh Jaya Perkembangan Negeri, Mr. R.H. Morris; Juru Iring kapada Baginda, Inche' Abbas bin Haji Ibrahim.
Duli Yang Maha Mulia mulai berangkat ka-Masjid Pekan Brunei yang baharu itu pada pukol 10.00 pagi hari tersebut dan satelah berada di-sana selama kira2 satu jam, maka Baginda pun berangkat ka-Kilanas kerana menyaksikan kemajuan2 yang di-perolehi berkena'an dengan pembina'an Parit2 dan Tali Ayer di-kawasan Sawah Padi dikil- anas yang di-bina di-bawah Ranchangan Perkembangan Negeri, kemudian Baginda pun berangkat ká-Batu 14, Jalan Tutong melihat pembina 'an jalan raya dan balek ka-Istana Darul-Hana kira2 pada pukol 12.30 tengah hari.
KERAJAAN BRUNEI MEMINJAMKAN $20,000,000 KAPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAK
Majlis Mashuarat Negeri, dalam Persidangan-nya di-Lapau sadik- it hari dahulu telah berkenan membuat persetujuan hendak pinjaman wang hingga sabanyak $20,000,000 kapada Keraja'an Negeri Sarawak, menurut sebagaimana sharat2 pinjaman yang telah diberi ka- pada Keraja'an Borneo Utara dan juga kapada Keraja'an Persekutuan Tanah Melayu.
Bayaran bunga mengenai pinjaman tersebut ada-lah menurut harga pasar pada masa di-lakukan pinjaman itu, dan yang mana akan di-te- tapkan oleh Crown Agents Investment Department.
UNDANG-UNDANG TANAH
Dalam Persidangan Majlis Mashuarat Negeri tersebut, Duli Yang Maha Mulia Sultan, telah menerangkan bahawa dua orang Pakar2 Hal Ehwal Tanah dari luar negeri; iaitu Professor Z. Cowen d an Mr. P. Brett telah merangkakan sabuah Undang2 Tanah Yang Baharu. itu apabila siap akan di-kemukakan kapada Majlis Mashuarat pada masa akan datang.