Laman:Pelita Brunei-1 Julai 1957.pdf/1

Laman ini belum dibaca pruf
Tahun 2. No. 10
DITERBITKAN OLEH PEJABAT PENERANGAN
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
1 JULY, 1957.

MESJID BUKOK, TEMBURONG DI-BUKA OLEH D.P.B.


YANG TERAMAT MULIA DULI PENGERAN BENDAHARA, Wazir Yang Pertama bagi Negeri Brunei Darul-Salam telah mengishtiharkan dengan resmi- nya pembuka'an Mesjid Bukok, Pandaruan di-Da'erah Temburong pada pagi Jum'at yang lalu, 21 June 1957.

Yang Teramat Mulia itu telah berangkat dari Bandar Brunei ka-Temburong dengan kapal "PRETTY" pada pagi hari itu, serta di- iringi oleh Tuan Kadzi Besar Negeri Brunei, Yang Berhormat Mulia Pengeran Haji Mohammad Salleh D.P.M.B.,P.0.A.S., dan beberapa orangnya telah di-sambut oleh Ketua Kampong Haji Ajak dan Ketua Kam-pong Haji Malik dengan penoh gembera.

Berakhir-nya pengishtiharan pembuka'an resmi Mesjid, maka istiadat perlantekkan Imam untok Mesjid itu pun di-langsongkan. Mejlis perlantekkan Imam ini telah di-pimpin oleh Yang Berhormat Pengeran Haji Abu Bakar, Pegawai Da'erah Temburong; menakala di- antara hadzirin di-wasa itu termasok-lah Yang Teramat Mulia Duli Pangeran Bendahara dan Yang Berhormat Mulia Tuan Kadzi Besar Negeri Brunei.

Hanya dua chalon yang telah di-hadapkan oleh para hadzirin ia-itu, Haji Sabtu bin Abdul Ghani dan Haji Malik. Haji Malik, Haji Lampoh, Haji Ajak dan Haji Duramen menchalonkan Haji Sabtu, menekala Haji Sabtu menchalonkan Haji Malik pula. Satelah di-undi dengan sechara mengangkat tangan, maka Haji Sabtu-lah yang di- persetujui para pendudok Kampong Bukok menjadi Imam di-sana.

Tuan Kadzi Besar selanjut-nya menyatakan kapada pendudok2Kampong itu bahawa lantekkan itu hanya dapat di-akui salepas cha- lon pilihan ramai itu memasokki satu pepereksa'an yang akan di- adakan oleh Kadzi itu sendiri pada satu hari nanti yang akan di- tetapkan. Sekira-nya Haji Sabtu lulus di-pepereksa'an bagi menjawat jawatan sabagai Imam Mesjid Bukok itu maka baharu-leah lantek- kan itu akan di-akui oleh-nya sendiri dengan sechara resmi. Pe- pereksa‘an tersebut akan bertempat di-Mahkamah Kadzi sendiri di- Bandar Brunei dan Haji Sabtu di-kehandaki hadzir apabila dikehendaki.