TARIKH2 JAMA'AH HAJI BALEK DARI JEDDAH
JAMA'AH2 Haji dari Brunei, Sarawak, Borneo Utara dan Malaya yang telah berangkat ka-Tanah Suchi pada tahun ini kerana menunaikan : Fardzu Haji akan balek ka-tempat masing2 dengan kapal2 Anking dan Anshun pada tarikh yang di-jadualkan di-bawah:
Kapal Haji yang pertama, m/v Anking akan bertolak dari Jeddah pada 17 July 1957, tiba di-Pulau Pinang pada 29 July dan tiba di- Singapura pada 30 July.
Kapal Anking itu akan bertolak ka-Jeddah semula pada 5 August dan bertolak dari Jeddah ka-Malaya lagi pada 19 Agust. Kapal itu akan tiba di-Pulau Pinang pada 31 August dan tiba di-Singapura pada 1 September.
Bertolak dari Singapura ka-Jeddah lagi pada 7 September dan dari Jeddah ka-Malaya pada 21 September. Tiba di-Pulau Pinang pada 3 October dan tiba di-Singapura pada 4 October.
Kapal m/v Anshun akan berlepas dari Jeddah ka-Malaya pada 8 August, dan akan tiba di-Pulau Pinang pada 20 August dan di-Singa- pura pada 21 August.
DUA ORANG JAMA'AH2 HAJI BRUNEI MENINGGAL DUNIA
Sahingga tarikh keluaran P. B. ini kita dengan sedeh-nya telah menerima dua berita dari satu puncha yang resmi menyatakan dua orang dari Jama'ah2 Haji yang telah bertolak dari Brunei pada tahun ini telah meninggal dunia.
Mereka2 itu ia-lah Zauyah bintee Ahmad, berusia 90 tahun dari Kampong Kasat; dan Haji Aspar bin Tasim, berusia 89 tahun dari Kampong Kulapis, di-kawasan Sengkurong.
Zauyah telah meninggal dunia di-Madina pada 22 May 1957, dan Haji Aspar telah meninggal dunia di-Laut Aden sabelum kapal An- shun tiba di-Jeddah pada 12 June 1957.
NAMA BAHARU UNTOK KADZI BELAIT
Ada-lah di-ma'alumkan untok pengetahuan orang ramai bahawa Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dengan sukachita mengumomkan ia-itu Abang Razali bin Abang Haji Zainuddin, Kadzi bagi Da'erah Belait akan menyandang nama dan gelaran sebagai "SENIOR KADZI".
HAL EHWAL KEWANGAN MALAYA DAN BORNEO BRITISH
PENGERUSI, Lembaga Pesuroh Jaya Kewangan, Malaya dan Borneo British mema'lumkan baharu2 ini bahawa jumlah wang2 yang telah di- peredarkan pada bulan May dan June tahun ini ada-lah saperti yang yang berikut:
Jumlah wang2 kertas yang di-peredarkan pada 1 June 1957 ia-lah sebanyak $948,961,915.13 sen.