Laman:Pelita Brunei - 15 Februari 1956.pdf/13

Laman ini telah dibaca pruf

13

Sulaiman.

Government English School, Seria; Florence Yeow Swan Choo, Ann Irene Jenkins, Jusnani binte Iawie, Lau Chung Foon, Abdul Rahman bin Kahar, Abidin bin Abdul Rashid dan Md. Taib bin Md. Said.

Saint Michael's School, Seria: Jean Clark, Cecelia Lai, Adanan bin Ali Hassan, Chiam Heng Cheng, Chong See Kui dan Simon Yeo.

***

PEPEREKSAAN KERANI2 JAWATAN RENDAH

Kerani2 Jawatan Rendah Kerajaan Brunei yang telah lulus dalam Pepereksaan Kerani 2 Jawatan Rendah pada akhir tahun 1955 ialah saperti berikut :-

Malai Hamid bin Shariff Masdok, Awangku Sallehuddin, Kamaluddin bin Abu Bakar, Abdul Hamid bin H. Metassin, Awangku Momin bin Pengiran Damit dan Pengiran Idris bin Pengiran Metassin.

***

DATO MAHARAJA SETIA

Inche' Dian bin Kapal telah dianugerahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei dengan gelaran "Dato Maharaja Setia" baharu2 ini.

***

INCHE SUHAIMI KA KUCHING

Inche' Suhaimi bin Haji Ismail, saorang Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian, Bandar Brunei telah Sarawak baharu2 ini kerana mempelajari Kursus Penulong Pegawai Pertanian di Agricultural Staff Training School, Kuching.

Beliau akan mempelajari Kursus tersebut selama 18 bulan atas perbelanjaan perchuma Kerajaan Brunei.

***

WARTAWAN INGGERIS MELAWAT BRUNEI

Mr. George Voigt, saorang Wartawan Inggeris yang terkenal, dari Majallah Mingguan "TIME" bersama2 dengan Mr. P. Anderson, tukang gambar Majallah itu juga telah melawat Brunei dari Singapura baharu2 ini.

Satelah menjalankan …