Laman:Pelita Brunei - 15 Februari 1956.pdf/5

Laman ini belum dibaca pruf

5

PENDAFTARAN PARTY RA'AYAT CHAWANGAN BRUNEI

  Samenjak tersiarnya berita sabuah party politik akan ditubohkan di Brunei pada bulan January yang lalu, maka didapati banyak diantara orang2 ramai di Brunei menyangka bahawa Kerajaan Brunei telah merasmikan pendaftaran pertubohan politik itu an mereka terus menanda tangani menjadi ahli serta membayar yuran kapada pertubohan itu.

  Oleh kerana memandang akan hal tersebut maka Kerajaan Brunei telah mengeluarkan satu Ma'lumat untok menerangkan hal yang sabenarnya kapada orang2 ramai mengenai pendaftaran Party Ra'ayat Chawangan Brunei.

  Untok pengetahuan orang2 ramai maka kita siarkan dengan sapenohnya kesemua kandongannya itu saperti berikut:-

  "Kerajaan perchaya bahawa sabilangan orang2 ramai menyangka iaitu PARTY RA'AYAT CHAWANGAN BRUNEI telah didaftarkan oleh Kerajaan Brunei; dengan sebab itu mereka sedang mengisi borang2 menjadi ahli, dan juga membayar yuran kapada PARTY itu.

  "Perkara yang sabenarnya ialah permintaan untok mendaftarkan pertubohan itu telah dibuat kapada Kerajaan pada 31 January, 1956. Penaja pertubohan itu telah diberi tahu bahawa tujuan2 dan dasar2 pertubohannya itu hendaklah dihantarkan kapada Kerajaan Brunei dengan bertulis dalam masa satu bulan dari tarikh itu. Tujuan2 dan dasar2 itu baharu sahaja diterima dan akan ditimbangkan terlebeh dahulu sabelum meluluskan pendaftarannya. Pada masa ini Party itu belum lagi rasmi didaftarkan.

  "Ma'lumat ini adalah diberi kapada orang2 ramai hanya untok memberi tahu kapada mereka bahawa jikalau mereka dengan sabetulnya memba- yar yuran kapada pertubohan ini, mereka adalah membayar yuran kapada sabuah pertubohan yang belum didaftarkan oleh Kerajaan dan dengan itu tidaklah diakui oleh undang2".

  Selain daripada itu dinyatakan bahawa mengikut Undang2 Negeri Brunei, saorang Pegawai Kerajaan Negeri ini dilarang menjadi ahli jawatan kuasa sebarang pertubohan politik atau memegang jawatan pertadbirannya, atau menjalankan dengan terang atau sebaleknya sebagai saorang wakil politik pertubohan itu atau kerana sebarang ahlinya.

  Selanjutnya undang2 tersebut menyatakan bahawa sasaorang Pegawai Kerajaan adalah dilarang juga memberi sharahan di sebarang perjumpaan umom yang mengenai dengan pertubohan itu dan juga daripada mengambil sebarang bahagiam umom untok mengembangkan dasar pertubohan itu.

-------------