Laman:Pelita Brunei - 1 Mac 1956.pdf/4

Laman ini telah dibaca pruf

3

Sebagai membuktikan hal tersebut, Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei sendiri telah membuat satu perishtiharan yang telah diterbitkan oleh Kerajaan pada tahun 1953 berkenaan dengan ranchangan mengadakan satu Perlembagaan untok ra'ayat jelata Negeri ini serta lain2 ranchangan yang akan dijalankan oleh Kerajaan Brunei.

Tiap2 Pertadbiran Luar Bandar dan Pedalaman Luar Bandar yang ditubohkan itu adalah sabuah badan yang mempunyai kuasa pertadbiran dan akan mengandongi saorang Pengurusi dan tidak kurang daripada 6 orang ahli2 yang berumor lebeh daripada 21 tahun. Ahli2 Lembaga Pertadbiran itu hendaklah menjadi Ra'ayat Sultan Brunei (iaitu ia dilahirkan didalam Negeri ini) atau menjadi Ra'ayat British.

Pengurusi Majlis2 Mashuarat dan Ahli2nya akan dilantek oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mashuarat Negeri. Dua per tiga dari Ahli2 itu akan memegang jawatan selama 3 tahun menekala satu per tiga lagi akan berhenti pada 31 December pada tiap2 tahun.

Salepas itu Duli Yang Maha Mulia Sultan akan membuat lantekan yang baharu untok memenohkan jawatan2 yang kosong. Meskipun bagitu, Ahli2 yang berhenti bolehlah dilantek semula jika dipersetujui oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei.

Tiap2 buah Lembaga Pertadbiran Luar Bandar dan Pedalaman Luar Bandar akan mengadakan anggota 2nya untok menjalankan kewajipan masing2 pehak. Anggota2 itu adalah mengandongi saorang Kerani, saorang Penyimpan Wang, saorang Pegawai Kesehatan dan lain2nya.

Lembaga2 Pertadbiran itu adalah berkehendak wang untok menjalankan pekerjaan mereka dan wang itu bolehlah diperolehi dari berbagai2 urusan diantaranya ialah daripada chukai2 yang dikenakan atas harta pesaka dan tanah; segala pendapatan dari licence yang mereka mengeluarkan dan juga dari segala kauntongan yang diperolehi. Selain daripada itu Kerajaan juga akan memberi bantuan wang kapada Lembaga Pertadbiran itu pada setiap masa.

Lembaga Pertadbiran itu adalah diberi kuasa untok menyediakan Rang Undang2 untok kawasan masing2 dan satelah Rang Undang2 itu dipersetujui oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mashuarat Negeri dan diluluskan oleh Majlis Mashuarat itu, maka Undang2 yang baharu itu akan berjalan kuat kuasanya bagi tiap2 kawasan yang berkenaan. Barang siapa yang melanggarkan Undang2 itu akan dikenakan denda sahingga sebanyak $ 1,000 atau dipenjarakan sahingga satingginya 6 bulan mengikut kapada kesalahan yang dilakukan itu.

Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mashuarat Negeri adalah diberi kuasa2 oleh Undang2 tersebut untok memansukhkan sebarang Lembaga Pertadbiran jika sekiranya Lembaga itu tidak dapat mengadakan mashuaratnya dalam masa 3 bulan.

Meskipun Lembaga Pertadbiran tersebut ditubohkan, tetapi Jawatan Kuasa yang telah dibentok oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan untok menghalusi dan mempersetujui Rang Undang2 yang disediakan oleh Penasehat Undang2 berkenaan dengan penubohan Pertadbiran2 Luar Bandar dan Pedalaman Luar Bandar tidak akan dimansukhkan.

Jawatan Kuasa tersebut akan menjalankan kewajipannya untok memberi nasehat kapada Kerajaan berkenaan dengan segala hal ehwal yang berkenaan dengan Undang2 yang baharu itu pada bila2 masa yang dikahendaki.


PEGAWAI2 KERAJAAN BRUNEI DAN POLITIK NEGERI INI

Pegawai2 Kerajaan Brunei adalah DITEGAHKAN daripada menjadi

Ahli2 Jawatan Kuasa …