Laman:Pelita Brunei - 1 November 1956.pdf/3

Laman ini telah dibaca pruf

3

ma'lom bahawa inilah baharu sahaja nama Sekolah2 Melayu diNeberi ini yang bernamakan ketua kampongnya yang maseh ada didunia ini – ini adalah sejarah yang gilang gemilang bagi patek2 diKampong ini – maka patek2 menadah dua belah tangan keahadzrat Tohan Yang Maha Besar, dan memohonkan shafa'at Nabi Besar kita Muhammad S.A.W., serta menjunjong barkat daulat Duli Tuanku Yang Maha Mulia, semoga Sekolah ini akan mendapat beneh yang paik buat feedah Negeri Brunei selurohnya yang ta'at setia kapada Kerajaan Duli Tuanku, sebagai ra'ayat Negara Brunei yang penoh beresi dengan aman ".

Diantara uchapannya itu, Che' Gu Abdul Wahab berkata bahawa dengan hati yang tulus ikhlas, perlu jua beliau menyebut diMajlis tersebut, iaitu dengan kemurahan hati bekas Pegawai Pelajaran Negeri, Mr. James Pearce, yang telah mempersetujukan pendudok2 diKampong Kupang itu bagi membangunkan Sekolah kajang yang lama dan juga memberi bantuan2 terhadap Sekolah kajang itu dan sebagainya.

Beliau juga menguchapkan terima kaseh atas kesudian pehak Jabatan Pelajaran Negeri yang telah memberi bantuan terhadap pembangunan bangunan yang baharu Sekolah tersebut serta juga bagi memperbaiki rumah2 Guru, sambil menguchapkan terima kaseh atas kedatangan Duli Yang Maha Mulia Sultan; Wazir Yang Pertama Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara; Wazir Yang Kedua Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Pemancha; Pemangku Pegawai Pelajaran Negeri, Mr. P. Spicer; Pengetua Pusat Latehan Guru2 Melayu Brunei, Mr. James Pearce dll.

Che' Gu Abdul Wahab juga telah menguchapkan terima kaseh bagi pehak Guru2 dan pendudok? dikampongnya kapada pehak Kerajaan Negeri ini atas pemberian minuman perchuma kapada murid2 diSekolahnya.

" Jadinya ", kata beliau lagi, "patek2 semua tiadalah apa-apa buat membalasnya, hanyalah patek2 sakalian berdo'a kahadzrat Tohen Rabul'alamin, barang dilanjutkan usia Duli Tuanku selamat semporna kekal memerintah Negeri Brunei Darussalam ".

SEKOLAH BAHARU – LAMBANG MENUJU PSMBANGUNAN PELAJARAN

Pada masa dilakukan istiadat pembukaan rasmi bangunan baharu Sekolah Melayu Muda Hashim, Tutong, satu uchapan bagi pehak Jawatan Kuasa Sekolah itu telah dilafadzkan oleh Inche' Ghazali bin Omar, dalam mana beliau telah menguchapkan satinggi2 terima kaseh diatas keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi pehak Ahli2 Jawatan Kuasanya, kerana kesudian Baginda berchemar duli dalam Majlis pembukaan rasmi bangunan baharu Sekolah itu.

" Bagi pehak Jawatan Kuasa Sekolah Melayu Muda Hashim ini, adaleh kami menyampaikan perasaan terima kaseh diatas kehadziran Tuan2 pada hari ini. Kami yakin, behawa kita pada selurohnya hari ini adalah berbangga kerana terdirinya Sekolah baharu ini, sebagai satu Lambang dalam menuju pembangunan pelajaran ra'ayat Negeri Duli Tuanku.

" Tidak lupa kami selurohnya menyampaikan perasaan terima kaseh Kami kapada Kerajaan yang telah berusaha dan mengambil berat diatas serba serbi dalam lapangan pelajaran ".

RAJA YANG SENTIASA MENGAMBIL BERAT
MENGENAI PELAJARAN RA‘AYAT

Inche' Ghazali menyatakan lagi dalam uchapannya itu, "Untok menchapai tujuan pembangunan yang dichita2 oleh tiap-tiap pendudok negara yang ramai dan ma'mor ini rasa shukor dan terima Kaseh itu adalah terutama sekali kapada Duli Yang Maha Mulia senliri, kerana Bagindalah saorang Raja yang sentiasa mengambil berat dalam hal urusan pelajaran ra'ayat dan Negeri ini.

" Jasa dan limpah ...