4
"Jasa dan limpah kurnia Duli Tuanku adalah menjadi satu Lambang kapada ra'ayat Duli Tuanku yang menchintai diDaerah ini, yang menchintai kedaulatan negara dibawah bimbingan Duli Tuanku ".
Mengenai kemajuan Sekolah tersebut, Inche' Ghazali menegaskan bahawa Jawatan Kuasa Sekolah itu rasa adalah terpulang kapada kebijaksanaan Guru2 yang ditugaskan sebagai pendidek anak2 pendudok2 diKampongnya itu, kerana Guru2 adalah juga mengambil peranan yang penting dalam menuju so'al perkembangan Negeri ini.
SAMBUTAN HARI ULANGAN KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD DIBRUNEI
Beribu2 orang Islam telah mengambil bahagian dalam temasha perarakan2 yang telah dilakukan dengan sechara besar2an diBandar Brunei dan diKuala Belait pada hari Thalatha 16 October, 1956 dalam upachara sambutan Hari Ulangan Keputeraan Junjongan Kita Nabi Muhammad S.A.W.
Perarakan diBandar Brunei telah diadakan dibawah anjoran Persatuan Kesatuan Islam, Brunei; dan perarakan diKuala Belait telah diadakan dibawah anjoran Persatuan Ikhwanul Muslimin, Kuala Belait.
Perarakan diKuala Belait telah dilakukan pada sabelah pagi hari tersebut, manakala perarakan diBandar Brunei pada petang hari itu. Keadaan chuacha diKuala Belait adalah panas belaka, sebaleknya diBandar Brunei pula hujan telah turun dengan lebat pada masa perarakan itu sedang mengelilingi kawasan bandar ini. Meskipun begitu, beribu2 orang yang mengambil bahagian dalam perarakan diBandar Brunei kelihatan riang dan gembira berbaris disepanjang jalan sambil menjalankan kewajipan masing2.
UPACHARA SAMBUTAN DIBANDAR BRUNEI
Sebanyak 41 pasokan2, terdiri dari pasokan2 Pejabat2 Kerajaan, Police, Kampong2, Murid2 Sekolah Lelaki dan Perempuan, Pasokan Pusat Latehan Guru2 Melayu Brunei dan lain2nya, telah mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.
Tiap-tiap pasokan itu telah mengusong pemidang2 ditulis dengan chogan2 yang bersesuaian dengan hari yang bersejarah itu. Ada juga pasokan2 yang telah mengusong chontoh bentok bangunan Masjid Bandar Brunei yang baharu yang sedang dibinakan dan sebagainya.
Sasudah pasokan2 itu, yang panjangnya kira2 sabatu, mengelilingi kawasan Bandar Brunei mulai dari Padang Bandar Brunei dan balek ka Padang itu, maka satu upachara memberi uchapan dan menyampaikan hadiah telah dilangsongkan di Padang tersebut dengan dihadziri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan; Wazir2 Yang Pertama dan Yang Kedua Negeri ini; Kathi Besar Negeri Brunei; Setia Usaha Sulit kapada Duli Yang Maha Mulia Sultan; Juru Iring kapada Baginda dllnya.
Penerangan berkenaan dengan riwayat hidup Junjongan Kita Nabi Muhammad S.A.W., telah dilafadzkan oleh Setia Usaha Agong Jawatan Kuasa Sambutan hari yang bersejarah itu bagi Bandar Brunei, Pengiran Ali bin Pengiran Haji Md. Daud.
Duli Yang Maha Mulia Sultan telah memberi satu titah yang menarek hati, memperingatkan hari Ulangan Keputeraan Junjongan Kita Nabi Muhammad, seraya menyatakan bahawa Baginda berasa sukachita melihat chogan2-kata yang dibawa oleh pasokan2 katemasha itu.