Laman ini belum dibaca pruf
Majalah: http://eprints.um.edu.my/15982/1/Page_1.pdf
- Diharap sekalian pembaca-pembaca jangan campak Pengasuh ini merata-rata
- tempat dan menggunakan dia bagi membuat membungkus-bungkus ialah
- kerana menghormatkan beberapa ayat Quran dan hadis-hadis nabi kita
- Sallallahualaihiwasallam di dalam dadanya.
PENGASUH 1337H
Pengarang
al-Fadil Tuan Haji Awang Kenali dan lain-lainnya daripada anggota Majlis
- Ulama dan Majlis Ugama Islam Kelantan
Harga Berlangganan
Di dalam negeri, $2.88
- Di luar negeri " $3.00
- Iaitu cuci belanja pos t
- Harga satu-satu. 15 sen
- Warta Majlis Ugama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan yang dizahirkan pada :tiap-tiap 15 hari sekali
(Bilangan 1) Kuat baharu Kelantan - pada hari Khamis 1 Syawal 1337 - 11 :Julai 1918 (tahun yang pertama)
Pembukaan
Pengasuh tahun yang pertama
Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillahi Rabbil Alamin wa Sallallahu ala Sayidina Muhammad
- wa ala alihi wasahbihi ajmain.
Ammaba'd. Ayuhi junjungan yang tinggi dan cita-cita yang
- tamadun dan yang mendirikan kewajipan ummah dan yang mengikutkan
- peredaran alam bahawasanya mendahului kalam merebahkan diri atas
- kesilapan dan kekurangan yang tiada apa tiada istimewa pula
- daripada suatu pengetahuan yang boleh mengkhidmatkan ummah dengan
- sempurna tetapi dengan sebab lalu beberapa ajaran supaya
- bergerak kami dengan pekerjaan yang seperti ini maka bertawallah
- kami berlangkah ke atas ini jalan dengan tiada bekal yang
- mencukupi perjalanan yang panjang sepatah kata orang tua-tua
- "menantikan padi berjagunglah dahulu" tetapi harap kami
- dengan ketinggian cita-cita taulan kami yang mulia bahawa ada jadikan
- hantaran ini begini daripada anak-anakkan permainan bagi sekalian
- kanak-kanak dan jerijik minuman bagi segala muncung
borang angan-angan dan idangan kebajikan bagi tentera masa dahulu
- daripada sampai kepada beberapa idangan yang banyak dan lagi
- harap kami bahawa "Pengasuh" ini jadi suatu persembahan
- dan peringatan bagi kemuliaan hari terkembang payung daulat
- kelebihan junjungan nyawa kami dan persandaran segala
- tujuan kami Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Muhammad yang Keempat
- D.K, S.P.M.K dan KCMG
- Yang di-Pertuan Negeri dan Jajahan Kelantan Darul Naim istimewa
- pula kejadian "Pengasuh" ini di Kelantan daripada perkara
- yang tiada di dalam sangkaan dan harapan orang yang dahulu dan
- sekarang maka jadilah ia daripada perkara yang menunjukkan
- kelebihan tuahnya dan maju segala perjalanannya.
Hanya pada hari inilah permulaan hari bagi "Pengasuh"
- membukakan usaha kerana mengkhidmatkan ummah Islamiah yang di dalam
- Semenanjung Tanah Melayu istimewa pula anak-anak Kelantan yang diribai
- dan akan diperhadapkan pada tiap setengah bulan sekali
- mudah-mudahan menerima tiap-tiap seorang dengan barang yang menunjukkan
- kasih dan mesra pada zahir dan batin.
Adalah selebih-lebih kemuliaan itu barang yang dipeliharakan dia
- di bawah pancaran segala bintang adab dan dipakaikan dengan
- pakaian tamadun dan disuluhkannya dengan suluhan pengetahuan