Laman:Ucapan-Dasar-Presiden-PAS-Muktamar-Ke-69-2023-BM.pdf/16

Laman ini belum dibaca pruf

UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS

PAS menerima kerjasama dan persefahaman dengan bukan Islam yang tidak bersifat ekstrem. PAS juga tidak melarang dan membuka jalan kepada mereka untuk mengkaji ilmu Islam, membaca al-Quran dan ilmunya dengan panduan dan kawalan, cumanya Al-Quran tidak boleh diterjemahkan dan ditafsirkan sewenang-wenangnya tanpa ilmu yang berkait dengannya, sama ada penganut Islam ataupun bukan Islam yang mengkaji al-Quran. Semuanya diwajibkan mengikuti ilmu dan disiplinnya. Kedua: Prihatin Prihatin bermaksud mengambil berat dan perhatian terhadap sesuatu perkara, khususnya dalam aspek memenuhi tujuan manusia diciptakan supaya beribadat, berkhilafah (berpolitik mentadbir dengan agama) dan menunaikan amanah (melaksanakan hukum Allah yang adil terhadap semua). Konsep sekularisme menjadikan sifat prihatin tidak dilaksanakan dalam urusan kehidupan dengan sempurna, kerana berpisah daripada pertimbangan agama yang benar. Hal ini melemahkan sikap prihatin umat Islam terhadap kewajipan yang wajib ditunaikan. Mereka lupa akan soalan yang ditanya melalui firman Allah SWT:

‫ﮮﮯﮰﮱﯓ ﯔﯕﯖ‬

‫ﯗ‬

15