UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS 27
Menolong aku apabila aku tiba ke negeri kamu, dan mempertahankan aku daripada musuh sepertimana kamu mempertahankan diri kamu, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu, nescaya Allah menjanjikan syurga kepada kamu.”
Ahmad, Musnad Ahmad, Musnad al-Mukthirin min al-Sahabah, No. 14456, dan Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban, Kitab al-Tarikh, No. 6274, daripada Jabir bin ‘Abdillah
Allah SWT menyelamatkan jemaah parti ini apabila mereka yang tidak wala’ dicampak keluar atau melompat sendiri keluar kerana kepanasan dengan kebatilannya.
Saya juga berpesan supaya jangan bersikap memilih untuk memberi ketaatan kepada arahan parti kerana penyakit ini boleh menjadi penghalang kepada kemenangan dan menyukarkan tugas mengisi kemenangan.
Program pemerkasaan pentarbiahan syakhsiah dan jati diri pemimpin dan ahli adalah amat penting bagi memudahkan perjalanan parti dalam mencapai kemenangan dan mengisi kemenangan.
Pemimpin dan ahli mesti mendalami ilmu Islam secara tafaqquh fi al-din (berilmu dan bijak memahaminya), mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna, faham dan tidak tenggelam dalam perbahasan furu‘ (perkara cabang) yang mencetuskan masalah khilafiah (pertelingkahan) sehingga menimbulkan bibit-bibit perpecahan dalam parti dan masyarakat.