4
ADIL, PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN
“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat mengalahkan kamu dan jika Allah membiarkan kamu (tanpa memberikan pertolongan), maka siapakah pula yang dapat menolong kamu selain Allah? Dan hanya kepada Allah sahaja hendaklah orang beriman bertawakal.” Surah Ali ‘Imran: 160
Kini, kita berkewajipan mengisi kemenangan sekadar kemampuan yang dicapai, walaupun tidak berjaya sepenuhnya. Cabarannya lebih besar daripada mencapai kemenangan. Antaranya ialah melaksanakan tuntutan dalam firman Allah SWT:
ﮄﮅﮆﮇﮈﮉﮊ ﮋ
ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑﮒ ﮓ
ﮔﮕ ﮖ
“(Mereka itu) orang-orang (Islam) yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar. Dan ingatlah kepada Allah jua kembali segala urusan.” Surah al-Hajj: 41