Laman:Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.pdf/13

Laman ini telah dibaca pruf
14
Undang-Undang Negeri Kelantan


DAN BAHAWA KITA telah bersetuju di dalam Perjanjian Kelantan Tahun 1948, iaitu Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan yang bertulis yang tersebut itu akan dikurnia dan dijalankan oleh KITA dengan seberapa segeranya yang boleh atau, jika KITA fikir dikehendaki dengan Bahagian-Bahagian dari suatu masa ke suatu masa:

DAN BAHAWA kerana menurut pengakuan KITA yang diberi di dalam Perjanjian Kelantan Tahun 1948, mustahaklah dengan serta-merta KITA menguasa dan melantikkan dua buah Majlis Mesyuarat kerana membantu dan menasihat KITA di dalam pekerjaan memerintah Negeri Kelantan KITA, iaitu sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan yang akan digelar di dalam bahasa Inggeris "State Executive Council", dan sebuah Majlis Mesyuarat Negeri yang akan digelar di dalam bahasa Inggeris "Council of State" dan KITA sifatkan dikehendaki yang KITA patut mengadakan syaratsyarat lagi bagi memerintah dan kemakmuran Negeri Kelantan KITA:

DAN BAHAWA KITA memikirkan dikehendaki iaitu hal memberi kuasa dan pelantikan kedua-dua buah Majlis Mesyuarat yang tersebut itu dan mengadakan syarat-syarat lagi yang tersebut itu hendaklah dijadikan Bahagian Yang Pertama bagi Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan yang bertulis yang tersebut itu:

MAKA YANG DEMIKIAN ADALAH KITA, dengan hak-hak dan kuat kuasa kelebihan KITA sebagai Sultan dan Raja bagi Negeri Kelantan dengan nasihat, persertaan dan persetujuan Pegawai-Pegawai Melayu KITA Yang Kanan dan Orang-Orang Besar Negeri Kelantan KITA, dengan ini MENYATAKAN DAN MENITAHKAN dengan nama KITA, dan bagi pihak KITA, dan bagi dan kerana pihak Waris Ganti KITA, bagaimana yang kemudian ini tersebut:

UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN TUBUH KERAJAAN

Bahagian Yang Pertama kepada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan

1. Adapun Perkara-Perkara yang terkandung di dalam ini (yang kemudian daripada ini digelarkan "Bahagian ini") hendaklah menjadi Bahagian Yang Pertama kepada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan yang akan digelarkan di dalam bahasa Inggeris "The Laws of the Constitution of Kelantan" dan