(3) Yang Maha Mulia sebagai Ketua bagi Agama Negeri hendaklah mengikut syarat-syarat Perlembagaan Persekutuan membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya di dalam manamana perbuatan, pemerhatian atau istiadat bagi agama Islam yang mana mengikut persetujuan Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu adalah meluasi Persekutuan seumumnya.
Raja memerintah menurut undang-undang
7. Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah melaku membawa dirinya kepada semua rakyatnya dan kepada semua orang yang duduk di dalam Negeri dengan keadaan adil dan memerintah menurut undang-undang. Tiadalah boleh seseorang itu dihilangkan kemerdekaannya, ditahan atau dipenjara akan dia melainkan dengan mengikut penjalanan undang-undang. Kebebasan dan kemerdekaan segala orang yang tidak ditegah oleh perbuatan benar dan adil bagi undang-undang itu ialah asas bagi kesemua kerajaan yang baik.
Mohor Negeri
8. Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah menyimpan dan menggunakan Mohor Kerajaan bagi Negeri Kelantan kerana mengecap semua perkara yang kena dibubuh Mohor itu.
Cogan kata Kerajaan Kerajaan, Bendera dan Alatan Kebesaran
8A. Cogan kata Kerajaan, iaitu "Berserah kepada Tuhan Kerajaan Kelantan", dan Jata Kerajaan dan Mahkota serta segala Alatan-Alatan Kerajaan dan Bendera Raja, dan Bendera Negeri hendaklah selama-lamanya dipakai dan diperkekalkan dengan rupa dan keadaannya seperti dahulu juga.
Pewakilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu
9. (1) Maka berkuasalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia melantikkan dengan Surat di bawah ini tandatangannya dan Mohor Negeri mana-mana orang dari bangsa Melayu dan beragama Islam mengambil tempatnya sebagai seorang ahli Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu.
(2) Tiap-tiap pelantikan itu hendaklah bagi satu tempoh dan hendaklah terkena kepada syarat-syarat dan sekatan-sekatan yang ditetapkan di dalamnya.