Laman:Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.pdf/24

Laman ini telah dibaca pruf
Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
25


(4) Tatkala melantik seorang Menteri Besar, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bolehlah, mengikut timbangannya meninggalkan mana-mana syarat di dalam Perkara 12 menghadkan pilihannya kepada seorang Menteri Besar, jika pada pendapatnya adalah mustahak berbuat sedemikian menurut kehendak syarat-syarat Perkara ini.

(5) Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah kesemuanya bertanggungjawab kepada Dewan Negeri.

(6) Jika Menteri Besar itu berhenti daripada mempengaruhi kepercayaan sebilangan besar daripada ahli Dewan Negeri, melainkan dengan permintaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia membubarkan Dewan Negeri itu maka hendaklah ia memohon berhenti daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan.

(7) Dengan tertakluk kepada Fasal (6), seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain daripada Menteri Besar hendaklah memegang jawatan itu mengikut kesukaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, melainkan pelantikan mana-mana ahli itu telah dibatalkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas nasihat Menteri Besar tetapi mana-mana ahli Majlis Mesyuarat itu bolehlah berhenti daripada jawatannya pada bila-bila masa jua.

(8) Seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah tidak boleh mengambil bahagian di dalam mana-mana perusahaan, perniagaan atau pekerjaan yang berhubung dengan apa-apa perkara atau pejabat yang di dalam tanggungannya dan, selagi ia mengambil bahagian dalam manamana perusahaan, perniagaan atau pekerjaan tidak boleh mengambil bahagian di dalam mana-mana keputusan yang harus mengenai kepentingan-kepentingan kewangan di dalam perusahaan, perniagaan atau pekerjaan itu.

Sumpah jawatan

17. Melainkan bagi maksud membolehkan Perkara ini di turut, maka tidaklah boleh seorang ahli itu duduk atau mengundi di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan sehingga ia telah mengangkat